Sebelum ini, selebriti Hollywood tidak kedekut mengongsikan tip solekan mereka di laman sosial Tiktok mahupun Instagram. Kini selebriti Malaysia, Eyka Farhana pertama kali mengongsikan solekan glamnya di akaun TikTok.
Pada zaman digital masa kini, platform media sosial telah menjadi alat penghubung yang kuat untuk selebriti berinteraksi dengan peminat mereka dengan berkongsi pelbagai aspek rutin kehidupan mereka.
Antaranya TikTok, yang menawarkan pelbagai cara untuk selebriti dan pempengaruh untuk berhubung dengan peminat mereka lebih kerap hingga mudah untuk mencapai berjuta-juta pengikut baharu di saluran media tersebut. Berformatkan video bentuk pendek dan mempunyai pangkalan pengguna yang besar setanding Instagram dan Facebook, Tiktok menjadi pilihan platform untuk selebriti berhubung dengan peminat mereka dengan cara yang lebih inovatif.
Antara selebriti Hollywood yang mendapat jutaan tontonan dan ribuan Liked walaupun berformatkan video pendek ialah Lizzo, Charli Puth, Ryan Reynolds, dan Selena Gomez. Sebelum ini, kita lihat Selena Gomez telah menjadi viral di platform tersebut beberapa kali, dengan peminatnya memuji video terbarunya yang memamerkan pilihan solek glam
Di Malaysia pula, kita punyai pelakon jelita, Eyka Farhana yang memuat naik video menunjukkan beberapa produk solek yang dia gunakan dengan kapsyen “Grwm ‘ no filter needed as sometimes its okay to show our flaws ‘ githuw! 😝( entahlah saya pun taktahu saya membebel apa, lama tak buat makeup tutorial sampai bab eyeshadow kita lupa nak record ) 😝” hingga videonya telah menerima lebih dari 560,000 tontona dan 26,000 Liked hanya dalam tiga hari.
@misseyka.f Grwm ‘ no filter needed as sometimes its okay to show our flaws ‘ githuw! 😝( entahlah saya pun taktahu saya membebel apa, lama tak buat makeup tutorial sampai bab eyeshadow kita lupa nak record ) 😝
1. Augustinus Bader- Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin (RM1,300)
Kata Eyka Farhana, dia menggunakan Rich Moisturizer for Normal to Dry Skin pada waktu malam sebelum tidur. Produk kecantikan ini dirumus dengan bahan Evening Primrose Oil, memberikan kelembapan secara berkesan dan meningkatkan warna kulit. Sangat sesuai untuk rutin waktu malam, formula yang kaya asid lemak omega-6 ini sesuai untuk kulit normal hingga kering.
2. Augustinus Bader- The Ultimate Soothing Cream (RM1,300)
Sekiranya anda sedang mencari pelembap baru untuk menyelesaikan masalah kendur pada wajah, ini adalah pilihan selebriti, artis solek, dan pengarang dalam penjagaan kulit. The Ultimate Soothing Cream adalah pelembap bahan vegan, tidak meninggalkan kesan minyak, menjadikannya selamat untuk digunakan pada kulit yang sensitif.
3. Dior- Forever Glow Veil (RM275)
Jika Eyka Farhana menggunakannya, saya juga mengikutinya. Begitu banyak primer yang baik di luar sana sehingga sukar untuk mencari yang menonjol. Tetapi Dior- Forever Glow Veil untuk rutin kecantikan, solekan wajah saya masih utuh! Tekstur halus seperti cecair sutera yang meresap ke dalam kulit serta-merta ini memegang solekan seperti gam gorila, tahan lama.
4. DIOR- Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer (RM155)
Sekiranya anda inginkan solekan minimal dan liputan penuh, Dior Backstage Face & Body Flash Perfector Concealer harus ada di dalam beg solek anda sekarang. Formula liputan tinggi dengan kemampuan untuk menyembunyikan cacat cela, bintik-bintik gelap, lingkaran bawah mata dan kemerahan pada wajah ini menjadi pilihan Eyka Farhana sebelum memulakan langkah seterusnya, Contour!
5. TARTE- Sculpt Tape Contour (RM164)
Ajaib. Pada awal calit di wajah, ia akan kelihatan gelap saat keluar dari tiub, tetapi berikan kepercayaan hanya dengan beberapa dab, wajah anda akan kelihatan terbentuk dan menawan! Boleh didapati dalam lima warna iaitu Cool Bronze, Soft Bronze, Warm Bronze, Deep Bronze dan Rich Bronze, ia dirumus dengan bahan utama Shea Butter untuk menghidrat, Licorice Root untuk mencerahkan dan mengaburkan ketidaksempurnaan pada wajah.
6. NUDESTIX- Nudies Matte All Over Face Color Blush (RM167)
Berus solek terbina dalam dan kemasan semula jadi yang menawan ini boleh dipelbagai gunakan sepeti untuk mata, pipi, dan bibir.
7. NARS- Light Reflecting Pressed Setting Powder (RM170)
Kemasan yang anda perlu miliki! Walaupun ia kelihatan putih di dalam acuan, serbuk ini menghasilkan solekan halus tanpa rasa berkapur. Light Reflecting Setting Powder membantu mengunci solekan anda dan menghasilkan kesan fokus lembut pada garisan halus, kedut, dan liang pori secara optik.
8. NARS- Climax Extreme Mascara (RM 112)
Kini, semua ketahui rahsia mata lentik Eyka Farhana. Isipadu yang likat hitam dengan jumlah berus dramatik ini tahan lama, tidak meninggalkan kesan comot dan anti gumpalan.
9. M.A.C COSMETICS- Matte Lipstick (RM105)
Gincu matte terlaris M.A.C Cosmetics ini bertahan lama dari enam hingga lapan jam merupakan pilihan Eyka dalam menyempurnakan solekan terakhirnya. Formula kaya berkrim ini mempunyai hasilan kemasan matte yang menawan dan turut dipakai oleh selebriti ita Von Teese, Angelina Jolie, Taylor Swift, Tracee Ellis Ross dan Rihanna.
Baca: 6 Jenis Berus Solekan Dan Kegunaannya Menurut Jurusolek