Shiyo Joo menjadi pilihan kami untuk merias wajah Yuna untuk cover EH! yang pertama untuk tahun 2021. Curi inspirasi dari
perkongsian ‘Get The Look’ ini.
Pengarah Kreatif KHAIRUL ABIDIN, Pengarang Fesyen JOHAN KASSIM, Jurugambar EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO), Solekan SHIYO JOO menggunakan DIOR MAKEUP
Sewaktu penggambaran bersama Yuna bulan lalu, saya perhatikan kulitnya, memang cantik.Paling penting ton kulitnya sekata, tiada tompok atau berbelak-belak. Dia datang tidak bersolek jadi saya berani kata dia memang mempunyai kulit yang cantik dan sihat. Hari itu dia disolek oleh jurusolek tersohor Shiyo Joo. Kunci gaya solekan hari itu tentulah gincu Rouge Dior terbaru. Shiyo mencalit dua warna untuk penggambaran ini, 100 Nude Look dan kod ikoniknya 999. EH! sarankan beberapa produk yang boleh anda cuba.
Capture Totale Super Potent Serum
Sapuan sulung untuk menyediakan kulit sebelum bersolek. Serum ini mengandungi manfaat buat memperbaiki kulit yang sudah menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Ia mengandungi 91 peratus bahan semula ajdi seperti longoza, yakni bahan ikonik dalam rangkaian Capture Totale yang diambil dari Dior Gardens.
Capture Totale Super Rich Cream
Lengkapkan penyediaan kulit dengan melembapkannya. Kami sarankan anda cuba krim pelembap ini yang dimewahkan dengan ekstrak minyak bunga peoni. Ia pantas melembapkan kulit dengan pantas dan sekaligus membuatkan solekan lebih mudah mesra dengan kulit dan tahan lebih lama.
Artikel Berkaitan: “Keluarga Adam, The Most Beautiful Family I Ever Met,”- Yuna
Dior Forever Diormania Gold Edition Couture Cushion
Selain dialas dengan bedak asas, bedak kusyen juga boleh dijadikan solusi pengganti untuk asas solekan yang kekal segar sepanjang hari. Eloknya bedak kusyen ialah kita boleh touch up pada bila-bila masa. Tapi dengan kualiti yang ada pada bedak kusyen Dior ini tidak memerlukan touch up dengan kerap kerana ia mempunyai formula khusus yang menjadikan solekan bertahan 24 jam. Ia juga mengandungi manfaat buat penjagaan kulit seperti ekstrak mawar yang bagus untuk pori wajah yang lebih rapat.
Rouge Dior Satin Balm – Buat pertama kalinya Rouge Dior dilengkapkan dengan salap bibir. Untuk hasil calitan gincu yang meluncur lalu seperti Yuna, kami cadangkan anda sediakan bibir dengan calitan Rouge Dior Satin Balm 000 Diornatural. Pelembap bibir ini tampil jernih serta mengandungi 95 peratus bahan asli.
Rouge Dior 100 Nude Look– Ini merupakan salah satu warna Rouge Dior yang sudah mencapai status ikonik. Ton nude ini antara yang digemari, sesuai buat wanita yang mahukan warna yang lebih ringkas, tidak terlalu menjerit. Pilihan tepat untuk gaya harian.
Rouge Dior Satin Balm Rouge Dior 100 Nude Look