Girls, sebelum terus ke Galaxy Ampang, ‘save’ dulu senarai ini. Siapa tahu, salon kuku bajet kegemaran baharu anda sebenarnya hanya beberapa langkah sahaja dari rumah atau tempat kerja.
Tidak hairanlah Galaxy Ampang sering menjadi pilihan ramai kerana harga berpatutan dan hasil yang memuaskan.
Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat banyak lagi salon kuku lain yang menawarkan servis sama cantik, harga mesra poket dan suasana selesa?
Bagi anda yang gemar menjaga kuku tanpa mahu berbelanja besar, artikel ini memang untuk anda.
Sama ada pelajar, working girl, atau suri rumah yang mahu “me time” seketika, pilihan salon kuku murah ini sesuai untuk semua. Dengan harga yang tidak membebankan, anda masih boleh menikmati rawatan asas seperti manicure, pedicure, buff & shine, malah ada yang menawarkan nail art minimalis yang tampak eksklusif.
5 salon kuku murah selain Galaxy Ampang yang wajib masuk dalam radar kecantikan anda.
@suganailskl A little self-care in the middle of the week ☁️ #nails #weekday #peaceful
Suga Nails, Campus Ampang
Salon ini telah beroperasi sejak 16 Februari 2025 dan terletak di Aras 1, The Campus Ampang, menjadikannya mudah diakses bagi mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar kawasan Ampang. Dengan lebih 300 pilihan warna manicure dan pedicure yang menarik, pelanggan bebas bereksperimen mengikut cita rasa masing-masing, daripada gaya minimalis sehinggalah rona bold yang menyerlahkan personaliti.
Antara servis yang ditawarkan termasuk Foot Massage bermula dari RM50 untuk 30 minit, Express Manicure Normal pada harga RM55 (45 minit), serta French Set serendah RM40 untuk 15 minit.
@thenailplace.my Classic French, but make it halal ✨ ‼️Add on RM15 for french tips. #nails#manicure#pedicure#nailart#cateyenails#nailinspo#nailartinspo#trendingnow#trendingnails#gelnails#gelextensions#nailextensions#nailaddict#nailartaddict#selfcare#beauty#selflove#nailsalon#pamperyourself#fyp#explorepage#nailspa#frenchtips#frenchnails#nailart#spamani#spapedi#citrusspa#wellness#pamperyourself#selflove#wudhufriendly#halal#orly
The Nail Place Beauty Bar, Elmina
Menawarkan rawatan profesional dan keperluan kecantikan, antara servis popular mereka ialah Classic Combo dengan harga RM98 untuk 1 jam 30 minit, pilihan ideal bagi mereka yang inginkan rawatan lengkap pada harga berpatutan. Dikenali dengan hasil kemasan yang kemas dan servis yang konsisten, salon ini turut mendapat kepercayaan pelanggan.
Baru dibuka di Elmina Lakeside Mall dengan lebih 86 pelanggan berpuas hati serta penarafan cemerlang 4.9 bintang di The Nail Place Beauty Bar.
@borneyyogi Replying to @user9255956838510 I usually do my nails either at Nail Smith Publika or Nail Parlour (anywhere). And I’d get the Orly in the shade Kiss Me I’m Kind! (This post isn’t sponsored btw!!!)
Nailsmith Spa & Bar, Publika
Salon ini menawarkan suasana moden dan selesa, sesuai untuk sesi “me time” yang singkat tetapi memuaskan. Menariknya, salon ini juga merupakan salon kuku kegemaran pempengaruh @borneyyogi, sekali gus menjadikannya antara pilihan popular dalam kalangan pencinta kecantikan.
Antara servis yang ditawarkan termasuk Classic Manicure pada harga RM55, Express Manicure serendah RM45, serta rawatan kening seperti Face Hard Wax (kening) bermula dari RM15 dan Hand Wax pada harga RM25. Bagi yang inginkan sentuhan kemasan pantas, perkhidmatan threading juga disediakan dengan harga serendah RM5.
