Andra Day
Andra Day mencipta rekod apabila menjadi pelakon wanita kulit hitam kedua memenangi Pelakon Terbaik kategori drama di Golden Globes. Kemenangannya semalam tambah manis apabila dia meraikan kemenangannya dalam balutan gaun Chanel Haute Couture yang pantas mencuri tumpuan warganet. Gaun kelabu itu mengambil masa Selama 880 jam untuk disipakan dan mempunyai 183 ribu elemen sulaman.
Melengkapkan penampilannya itu, dia yang memenangi trofi Golden Globes menerusi aksi hebatnya di dalam filem The United States vs Billie Holiday, dia dirias menggunakan alat solek Chanel. Solekannya dihidupkan dengan sapuan gincu bold yang jika diamati punya efek ombre. Garis bibirnya bercalit gincu ton gelap dan tengah bibirnya bersalut dengan gincu yang lebih terang. Solekan matanya pula punya kemasan metalik yang membuat matanya bersinar-sinar dari jauh. Sehingga kini belum ada perkongsian siapakah jurusolek yang meriasnya semalam.