Julia Garner
Bintang ‘Ozark’ ini mendapat sentuhan jurusolek kelahiran Vietnam yang pantas membina nama di Amerika, Hung Vanngo. Vanngo bekerjasama dengan Chanel Beauty untuk menghasilkan gaya solekan yang cukup klasik buat Julia. Vanngo menyiapkan kanvas wajah Julia dengan rangkaian Chanel Hydra Beauty sebelum menyapu bedak asas. Dia memperkemaskan asas solekan dengan menyapu rata Le Beiges Healthy Glow Foundation dan ‘menghangatkan’ kompleksi wajah dengan mainan Le Beiges Healthy Glow Bronzing Cream (Soleil Tan Bronze Universel).
Titik tumpu solekan ini pastinya pada calitan gincu merah pada bibir mungil Julia, Vanngo mencalit Rouge CoCo Bloom in shade 134 Sunlight. Hasilnya satu solekan malar segar yang akan kekal classy walaupun fotonya ditatap sepuluh tahun mendatang.
Artikel Berkaitan: 9 Jurusolek Masa Kini Mesti Anda Follow di Instagram