Sempena Lebaran yang bakal kunjung tiba sesudah Ramadan, GOT7 punya cadangan buat anda untuk gantikan duit raya dengan hadiah teristimewa ini dan pastinya si penerima cukup tersenyum gembira dibuatnya.
Menjadi kemestian setiap kali raya pastinya akan ada pemberian istimewa buat keluarga atau sahabat handai. Jika bukan sesampul duit raya, paling tidak pun sehamper biskut raya.
Jadi, sempena tahun 2018 yang beralaf baru ini, raya tahun ini kumpulan GOT7 sebagai duta terbaru untuk jenama THE FACE SHOP mencadangkan kepada anda item kecantikan ini sebagai pengganti hamper atau duit raya untuk dihadiahkan kepada yang tersayang mahupun sesiapa sahaja.