Gracie Abrams bukan sahaja hadir dengan buah tangan baru ‘Daughter from Hell’, terbaru dia diberitakan sebagai wajah rasmi minyak wangi ikonik Coco Mademoiselle yang kini mendapat suntikan baharu.
Nama Gracie Abrams semakin bersinar, bukan sahaja di arena muzik dunia malah wajahnya terusan menjadi pilihan rumah fesyen dunia. Tahun lalu calon Artis Baru Terbaik di Grammy ke-66 ini dipilih sebagai wajah rasmi untuk koleksi perhiasan diri Chanel Coco Crush. Tahun ini namanya semakin mekar mengharum di Chanel apabila dipilih sebagai wajah depan haruman ikonik Chnael Coco Mademosielle yang kini tampil dengan edisi baharu- Coco Mademoiselle Crush Absolu.
“Bagaikan tak percaya yang saya dipilih sebagai wajah rasmi Coco Mademoiselle. Ia adalah sesuatu yang harus saya banggakan. Saya menyukai Coco Chanel kerana dia adalah seseorang yang meninggalkan kesan ke mana pun dia pergi. Saya mahu jadi seperti dia,” kata Gracie Abrams yang mula mengecapi kemasyhuran menerusi album keduanya, ‘The Secret of Us’.
Dikategorikan sebagai sebuah haruman ‘intense ambery’. Coco Mademoiselle Crush Absolu ditakrifkan sebagai lebih dari sekadar minyak wangi. Ia dikira sebagai satu fenomena, ia sebuah rasa dan emosi.
“Coco Mademoiselle Crush Absolu adalah satu penekanan pada diri sendiri. Haruman ini menawarkan satu pengalaman peribadi yang hanya dirasai bila anda memakainya. Saya suka bayangkan haruman ini menemani wanita-wanita yang menyemburnya. Ia bukan tentang mengikut norma biasa, tetapi tentang menerokai diri dan memberi kejutan pada diri,” kata Olivier Polge.

Untuk kompiosisi edisi ini pereka haruman Chanel, Olivier Polge, dia cuba mengolah identitinya. Olivier menambah elemen bau buah-buahan pada ramuannya, seperti buah anggur dan laici. Digandingkan bersama unsur kayu-kayan dan juga amber. Berserk kuntuman bunga mawar dan melur. Masih mengekalkan elemen aroma nan sensual, Olivier masih memercikkan bauan vanila dan vetiver dalam haruman ini.
Terokai edisi baharu Coco Mademoislle Crush Absolu di pautan Chanel ini.


