Teks : Muzammin Muzlan
Penulis EH! diterbangkan secara eksklusif ke Hanoi, Vietnam dalam pengembaraan ke ladang halia yang merupakan salah satu ramuan utama Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask terbaharu daripada Kiehl’s.
Bagaikan satu pengembaraan yang tidak boleh dilupakan, penulis EH! diterbangkan secara eksklusif ke Hanoi, Vietnam untuk melihat sendiri ladang halia yang digunakan sebagai salah satu ramuan utama untuk pupur muka terbaharu daripada Kiehl’s. Bulan ini, Kiehl’s memperkenalkan Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask yang menggunakan formulasi alam semulajadi yang berkesan dalam memberikan efek keanjalan dan kulit akan kelihatan lembut keesokan pagi selepas digunakan.
Sesuai untuk semua jenis kulit, Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask akan memberikan kesan penganjalan kulit yang cukup pantas. Setiap sapuan pada kulit muka akan menghasilkan tekstur selembut baldu, lantas ianya mudah dan berkesan sebagai tambahan kepada regim penjagaan kulit anda. Dengan penggunaan yang berterusan, Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask dapat mengurangkan garis penuaan dan menyerlahkan kompleksi kulit yang lebih muda dan segar.
Disarankan untuk menggunakan Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask sebanyak lima kali seminggu selepas sapuan penyegar dan serum. Hanya sapukan pupur pada muka pada waktu malam dengan gerakan keatas dan anda dapat merasakan kesannya serta merta. Biarkan semalaman dan bersihkan muka pada keesokan pagi nanti.
Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask menghasilkan tekstur yang lembut bagaikan baldu. Efek keanjalan dan melembutkan kulit yang dihasilkan cukup berguna pada kulit yang mula menunjukkan kesan penuaan, lesu dan kusam. Minyak esensi juga dapat membiaskan aroma yang tenang pada fomula bebas paraben itu. #SLEEPTIGHT & wake up with younger-looking skin!
Formula Daripada Inspirasi Alam
1. Ekstrak Biji Bunga Raya Botanikal
Diperolehi dari India Selatan, biji bunga raya diasingkan daripada bunganya. Fraksi aktif daripada Hydrolyzed Proteins dari biji itu kemudian diekstrakkan, dibersihkan dan ditapiskan untuk mendapatkan manfaat terbaik. Biji bunga raya yang menguncup ketika malam hari untuk memelihara nektar, dapat menghasilkan formula yang terbaik untuk keanjalan kulit.
2. Ekstrak Daun Halia
Berasal dari Vietnam, akar halia sudah meluas digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda selain sebagai ramuan masakan dan perasa di Asia Tenggara. Daun halia yang ditanam di Hoa Binh dan wilayah Bắc Giang ini akan dipetik antara Mac dan Oktober. Ekstrak aktif yang terdapat di dalam daun halian cukup berkesan untuk mengurangkan garis penuaan.
Kelestarian Sumber Ekstrak Daun Halia
Dari Hanoi, perjalanan mengambil masa empat jam menggunakan Jeep sebelum meneruskan pengembaraan menaiki helicopter menyusuri gunung dan lembah hijau sebelum tiba di ladang halia di Hoa Binh di wilayah Bắc Giang, Vietnam. Kiehl’s bekerjsama dengan 14 pekebun halia wanita tempatan dalam mendapatkan daun halia berkualiti secara lestari. Sudah menjadi heritage Kiehl’s untuk menghargai komuniti di bawah naugan mereka. Kiehl’s turut membekalkan bantuan pendidikan mengenai penjagaan alam semulajadi dan teknik pertanian mesra alam, selain melengkapkan petani wanita tersebut dengan alatan yang dapat membantu mereka, lantas meningkatkan pendapatan mereka.
Harga: RM265 (100ml)