Menerusi satu ciapan di Twitter, pelakon dan penyanyi ini berkongsi foto promosi dirinya berserta kapsyen, “Find your Pleasing.”
Tambah Harry, Pleasing merupakan jenama kehidupan yang bergerak seiring dengan kemunculan sesuatu yang menggembirakan. Misinya adalah untuk memperkenalkan produk serta pengalaman hebat yang mengujakan deria dan melangkaui sempadan.
Rangkaian kecantikan vegan dan bebas kekejaman terhadap haiwan ini terdiri daripada beberapa produk iaitu pengilat kuku, serum wajah, juga salap dwifungsi untuk mata dan bibir.