“Ia bermula dengan pengilat kuku, kerana itulah tujuan kewujudan jenama ini. Saya sering melihat warna pada bunga, kertas dinding dan sebagainya lalu terfikir, ‘Oh, saya mahukan warna itu pada kuku saya,’” luah Harry mengenai minatnya terhadap pengilat kuku.
“Apabila kami membuat keputusan untuk menghasilkan rangkaian kecantikan, saya mahu pastikan produk ini adalah sesuatu yang saya akan pakai. Saya tidak mahu menghasilkan produk sekadar untuk melitupi wajah orang, saya mahu membuatkan mereka berasa dan kelihatan cantik.”
Pleasing Nail Polish, Pleasing The Pearlescent Illuminting Serum dan Pleasing The Pleasing Pen dijual pada harga dari RM84 hingga RM313. Ia boleh didapati menerusi prapesanan di laman web Pleasing.
Foto: Rafael Pavarotti/Dazed
Baca: Jennifer Aniston Berkongsi Rahsia Kecantikan Rambut, LolaVie