Jo Malone London
Jo Malone London menghidupkan kembali memori silam; mengimbas detik gembira bersama keluarga, teman, bercanda di bawah mentari. Momen-momen ini dihidupkan semula Jo Malone London menerusi lima haruman edisi terhadnya. Tambah menarik haruman ini muncul dalam botol yang cukup vintaj, berbeza dengan kelalang biasa Jo Malone.
Lima aroma yang diperkenalkan ialah Tangy Rhubarb yang berpaksikan kesegaran buah limau dan elemen kayu-kayan daripada cedarwood. Ada juga Rose Blush yang terhasil daripada daun basil, laici dan white musk yang diramu mesra. Orange Peel pula sudah seperti namanya, menghidupkan tradisi dapur orang Britain yang banyak menggunakan oren atau limau dalam sajian mereka. Elderflower Cordial pula agak powdery aromanya dan punya elemen bau bunga-bungaan dan kehijauan. Turut ada ialah Blackberry & Bay yang sajak dipadankan dengan keempat-empat bau tadi, ia merupakan salah satu haruman popular di Jo Malone.