Diptyque Ilio
Diptyque mahu terus bergembira meraikan ulang tahun ke-60 tahun ini, terbaru mereka melancarkan pula rangkaian musim panas yang cukup istimewa dengan memperkenalkan lilin, semburan badan dan semestinya Haruman. Mereka memberi penghargaan kepada alam semula jadi dan dijadikan sebagai inspirasi utama. Bagi Haruman Ilio, aroma dalam formula eau de toilette hadir cukup segar. Ilio jika dalam bahasa Greek membawa erti matahari, ia menggabungkan bau-bau buah dan bunga-bungaan seperti iris dan melati. Ilio juga hadir dalam semburan buat rambut.