Le Labo Neroli 36 & Bergamote 22
Dalam banyak-banyak haruman di Le Labo saya tertarik dengan dua ini. Mungkin kerana saya memang menggemari bau neroli dan bergamot secara aslinya. Neroli 36 ilham Le Labo ini dihasilkan daripada campuran aroma orange blossom, neroli dan beradun mesra dengan kuntuman bunga mawar, oren Mandarin, bunga melati, vanila dan musk. Hasilnya? Sebuah haruman yang cukup elegan.
Bagi yang menggemari bau yang lebih segar (dan muda) Bergamote 22 mungkin akan memenuhi cita rasa anda. Aroma ini terhasil daripada adunan anggur, amber, musk dan vetiver yang membuatkan haruman ini unik dan tersendiri.