Guerlain Aqua Allegoria
Himpunan haruman Guerlain Aqua Allegoria tambah meriah dengan kehadiran dua aroma baharu, Flora Salvaggia dan Nattare di Sole yang mana masing-masing memercikan kesegaran aroma kuntuman bunga yang diabadikan dalam kelalang nan cukup feminin.
Pakar Haruman Guerlain, Thierry Wasser menjadikan taman nan terbentang luas sebagai sumber untuknya berfantasi dalam menghasilkan haruman. Dia gemar berimaginasi dan baginya laman-laman bunga yang harum tidak pernah menyekat imaginasinya dalam berkarya. Segalanya mungkin bisa terhasil daripada ‘sebendang’ taman bunga. Dan dari situ juga maka terilham Aqua Allegoria.
Tahun ini Guerlain menambah dua lagi ahli keluarga baharu buat koleksi himpunan ini. Memeriahkan lagi koleksi ini Guerlain memperkenalkan Flora Salvaggia dan Nattare di Sole. Flora Salvaggia memercikkan aroma feminin bunga melati bersama orange blossom berserta dengan keasyikan bau melon dan bau klasik white musk. Manakala bau Nettare Di Sole pula menghimpunkan keasyikan bau bunga-bungaan seperti kuntuman magnolia, mawar dan juga bunga melati. Aromanya lebih hangat dan dalam masa yang sama melekakan.
Artikel Berkaitan: 4 Jenama Penjagaan Rambut Mesti Cuba Bulan Ini