Saya meramu haruman Rosy, Peachy dan Purple Glow dengan dimensi gourmand yang jelas dengan sentuhan French je-ne-sais-quoi yang mempunyai karakter berani, bebas dan sensual.”- Francis Kurkdjian, pengarah haruman Dior.
Jisoo, Anya Taylor-Joy dan Willow Smith bintang yang menyubur kempen baharu haruman Dior Addict yang kini mendapat sentuhan Francis Kurkdjian. Dior Addict yang ini miliki karakter yang lebih fun, jelasnya berbeza dengan haruman ikonik Dior yang lain seperti Jadore dan Miss Dior.
“Aura Glow Dior Addict terserlah dalam ketiga-tiga haruman segar ini, yang diserikan dengan semangat, kemewahan dan keinginan. Ia menyampaikan tenaga unik di mana gaya, solekan dan minyak wangi bertemu dan bersatu,” tambah Kurkdjian lagi.

Tambah menarik, kempen Dior Addict kali ini tidak hanya mengetengahkan satu rangkaian semata malah disempurnakan dengan pelancaran Dior Addict Lip Glow Oil yang baharu, kini hadir dengan tiga kemasan lebih menarik.
“Dior Addict Lip Glow Oil secara mudahnya menambat hati, girly dan menarik. Ia adalah sentuhan jernih dan berkilat, cukup menyerlah, malah ‘menyelerakan’. Ia juga mempunyai manfaat yang baik untuk menghidrat bibir dengan tektur yang berminyak. Ia menyeimbang kedua-duanya iaitu rupa dan penjagaan,” kongsi Peter Philips.
DIOR ADDICT PERFUMES, BUAT GADIS KECANDUAN
Maestro haruman global, Francis Kurkdjian menghadiahkan pencinta Dior dengan tiga aroma baharu menerusi Dior Addict yang baru. Rosy Glow, Peachy Glow dan Purple Glow akan menjadi minyak wangi yang akan mengis tas tangan gadis-gadis kota, disembur bila-bila masa. Tiga aroma ini mengabadikan pesona bunga-bungaan Dior seperti mawar, bunga melati dan juga iris. Francis Kurkdjian menambah kemanisan aroma ini dengan sentuhan buah-buahan.

“Saya mahu mencipta tarikan baru kepada gadis kota yang sukar menolak haruman yang manis dan berwarna-warni. Dan saya mahu memanjakan mereka dengan sentuhan flora. Dior Addict adalah haruman yang menghubungkan keanggunan haruman Dior dengan kebebasan jiwa zaman muda,” – Francis Kurkdjian.
Rosy Glow menggabungkan keharuman esen kuntuman bunga mawar damask bersama kemanisan buah laici. Memnyebut dua bahan utama ini saja sudah buat saya terbayang betapa wanginya Rosy Glow.
Peachy Glow pula meramu bau bunga melati yang saya tafsirkan sangat elegan dan mewah, dan dimaniskan dengan sentuhan buah pic.
Purple Glow menyatukan kuntuman iris dengan buang rasberi. Kombinasi ini saya bayangkan sebuah haruman yang lebih moden namun masih ada pesona malar segar dengan aroma yang agak powdery.

DIOR ADDICT LIP GLOW OIL, APA YANG KAMI SUKA?
Minyak Ceri
‘Minyak bibir’ ciptaan Peter Philips ini diformulakan dengan minyak buah ceri yang membuatkan bibir hidrat 24 jam, malah tekstur bibir juga menjadi lebih licin dalam masa lapan jam.
Bespoke Warna
Ia mempunyai teknmologi yang bereaksi pada paras pH yang akan menukar warna Lip Glow Oil mengikut bibir anda.
Kemasan Baharu
Ia hadir dengan tiga kemasan (finishing) iaitu Juicy termasuk dua yang baharu iaitu Sparkly dan Glaze dan lengkap dengan pilihan 16 warna.
Kemasan Juicy
Saat Peter Philips mencipta kemasan ‘Juicy’ dia membayangkan ranum dan basah-basah buah pic yang digigit. Percikan warna dan efek berkilau yang membuat bibir nampak ‘ranum’.
Kemasan Sparkly
Bagaikan bibir ditaburi gula, itulah kemasan Sparkly. Ia mempunyai glitter yang terapung di dalam cecair minyak dan bersinar bagai kristal saat dicalit pada bibir.
Kemasan Glaze
Calitan lip oil dengan kemasan Glaze mencipta efek berkilau, bagaikan cermin yang memantul cahaya. Bibir kelihatan berkilat, menggoda dan kaya dengan warna.

Glow Semula Jadi
Menurut Peter Philips, Dior Addict Lip Glow Oil bukan sahaja mencipta bibir yang berkilauan semata malah ia mencipta natural glow. “Secara peribadinya maksud sebenar ‘Glow by Dior’ ialah tentang rasa yakin yang hadir dengan solekan yang ringkas dan bersahaja,” katanya.
