Aēsop memperkenalkan Eidesis Eau De Parfum dengan ketelitian haruman wood, rempah hipnotik dan kesegaran lebih elegan.
Haruman terbaharu dalam koleksi wangian Othertopias oleh Aēsop diilhamkan oleh refleksi bauan yang mantap. Berdasarkan mitos Narcissus dan Echo, perjuangan antara diri dalaman dan luaran, Eidesis Eau de Parfum ialah wangian keempat dalam koleksi wangian Othertopias. Kemagnetan yang mempersonakan, wangian itu diambil daripada bahan-bahan mitos dan mesmeric. Memikat deria hingga terasa berasa di dalam landskap kedalaman hutan, bungaan warna-warni, dan keheningan bau yang menyegarkan.
Eidesis Eau de Parfum direka bentuk untuk mereka yang mencari aroma kompleks dan unik tidak mengenal sempadan jantina. Cantuman nota bunga, bauan yang memantulkan, dengan asas woody dari Vetiver, Sandalwood, dan Cedar. Dicipta dengan rakan kongsi wangian jangka panjang, Barnabé Fillion, Eidesis boleh dilihat sebagai wangian Aēsop yang paling sensual kerana ia berfungsi dengan baik pada kulit sehinggakan anda merasakan ia adalah lapisan sedia ada.
Dengan aroma yang memprovokasi lagi selesa, menggoda namun jelas tidak konvensional, Eidesis dibuka dengan nota asas yang menggiurkan daripada Petitgrain yang berkilauan, Lada Hitam pedas, dan bunga yang halus, membawa kepada hati berdamar dan pedas Kemenyan, Jintan dan Cedar, sebelum berehat di asas Sandalwood mewah, Cedar dan earthy, Vetiver hijau.
Eidesis Eau de Parfum dibungkus dalam botol kaca amber 50mL dan pembungkusan hasil pelukis asal Belfast, Jack Coulter. Eidesis Eau de Parfum dilancarkan di seluruh kedai Aesop dan Aesop Online pada 12 September dengan harga RM 715
Baca: Krim Pelembap RM150 dan Pewarna Kuku RM40 Pilihan Queen Elizabeth II