Bebas! Itu yang ingin disampaikan oleh haruman ikonik ini. Tiada noktah pada apa yang mampu anda rasa, fikir, lakukan, Libre Eau De Parfum membuka ruang untuk you do you. Aroma flora yang seksi serta cool menggandingkan keunggulan struktur maskulin serta jiwa yang ultra feminin. Cetusan keanggunan Paris dan kemeriahan New York, di mana ia diilhamkan oleh gandingan Master Perfumer IFF, Anne Flipo dan Carlos Benaïm.
Libre Eau De Parfum adalah ilham gaya bebas fougère, adunan klasik untuk wangian lelaki yang menampilkan lavender. Tindakan provokatif Anne Flipo adalah untuk melenturkan sesuatu yang dianggap maskulin ke dalam haruman wanita, sama seperti Yves Saint Laurent mereka semula tuksedo untuk wanita. Untuk Libre, dia memperibadikan bahan utama fougère untuk menyerlahkan kemeriahannya dengan Diva Lavender dari Provence.
Di kala Carlos Benaïm menggubah aroma Orange Blossom paling sensual yang pernah dihidunya, mendedahkan kehangatan bunga putih manis itu, dia jatuh cinta serta-merta.
Vanila dari Madagascar dan nota ambergris klasik, Grisalva, menyerlahkan kewanitaan struktur fougère menjadikan jiwa floranya lebih pekat.
Selepas tujuh tahun dan lebih 1500 variasi untuk menghasilkan olfaktori yang sempurna, maka terhasillah Libre Eau De Parfum daripada pertembungan antara dua pakar haruman itu.
Alami ledakan emosi dengan godaan seksi orange blossom serta cool lavender. Nikmati kesegaran dengan neroli dan mandarin. Rasakan kehangatan vanila dan amber. Tapi semua ini sekadar cadangan kerana anda bebas menginterpretasikan Libre semahu anda.