FOTOGRAFI : XIANG / TEKS, PENYELARAS & KONSEP : AZLIANY MOHAMAD / ARAHAN SENI : KHAIRANI RAMLI
Pepatah ada mengatakan bahawa anda adalah apa yang anda makan sering dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan. Bukan soal tubuh badan sahaja kecantikan kulit juga berkait rapat dengan pemakanan seharian kita. Ramai antara kita hanya berharapkan pada produk sahaja untuk memiliki kulit sihat dan cantik tanpa memikirkan sebenarnya pengambilan makanan yang betul juga penting dalam mendapatkan kulit berseri.
Memang betul pengambilan produk yang sesuai dengan kulit wajah dapat memberikan rupa menawan tetapi harus diingatkan bahawa ia hanya untuk penampilan sementara sahaja. Sekiranya anda inginkan hasil yang kekal lama, usah abaikan hal pengambilan makanan. Diet yang betul dan sihat dapat memberikan wajah berseri sentiasa.
ASAS RUTIN PENJAGAAN WAJAH
WAJAH BERSIH – Jangan malas untuk mencuci wajah terutama sekali jika anda yang kerap mengenakan solekan. Jangan sesekali tidur tanpa menanggalkan mekap kerana ia akan membuatkan wajah mudah mengalami masalah seperti timbulnya garis halus, kedutan dan jerawat.
KULIT LEMBAP – Pemakaian pelembap muka sangat penting kerana ia dapat merawat dan mengembalikan serta mengekalkan tahap kelembapan kulit wajah
KRIM TABIR SURIA – Bagi yang tidak tahu, krim tabir suria sangat membantu dalam memiliki wajah muda dan cantik. Oleskan krim ini sebagai langkah terakhir rutin penjagaan kulit anda. Sapukan 30 minit sebelum anda keluar rumah supaya krim tersebut betul-betul meresap kedalam kulit bagi melindungi kulit wajah.
Sayur yang membuatkan kulit kekal lembap
TOMATO
Mengandungi vitamin A yang memberi manfaat untuk menyihatkan mata dan mengandungi likopen yang bermanfaat untuk mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas.
AVOCADO
Mengandungi vitamin E dan C serta lemak yang baik untuk tubuh badan.Ia juga menjaga kulit agar sentiasa lembap, sihat dan cerah.
BROKOLI
Memiliki khasiat yang tinggi seperti antioksidan, vitamin A, vitamin C, vitamin B kompleks, vitamin K dan vitamin E. Kesemua vitamin ini memainkan peranan dalam menyegarkan kulit wajah dan kesihatan badan.