Siapa jangka rutin kecantikan dia adalah berasaskan rawatan tradisional dan bukannya moden. Itulah rahsia awet muda Zizi Kirana.
Arahan Seni KHAIRUL ABIDIN Teks/Penyelaras JULIA AZMAN Gambar XIANG (ONE3FOUR STUDIO) Video Syafiq Sazaly Solekan KHIR KHALID Dandanan CKay Liow
Senang untuk cantik tetapi susah untuk kekalkannya dalam jangka masa yang panjang. Bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga harus diberi perhatian lagilah kita berada di musim pandemik ini perlukan penjagaan rapi agar diri sentiasa sihat dan bertenaga. Zizi Kirana antara selebriti tempatan punya wajah eksotik lagi menawan. Di usianya sekarang ini, dia bagaikan tidak dimamah usia kekal berawet muda dan bertenaga!
Personaliti ramah lagi kelakar penyanyi lagu EH! memudahkan sesi pengambaran berjalan dengan lancar. Sambil menemubual secara eksklusif bersamanya, dia ada berseloroh mengatakan “Cukuplah sekadar membersihkan muka usai sudah bersolek tebal sepanjang hari, setelah itu terus ke kamar tidur!” hahaha…. Saya tidak puas hati lalu, disambungkan lagi topik cantik kami kerana kulit wajahnya dan rambut seperti dijaga rapi atau mungkin ada rahsia disebaliknya.