Kulit yang cantik dan sihat bermula dari penjagaan rapi luaran dan dalaman. Flavettes Nutriskincare hadir dengan solusi inovatif dengan formulasi terbaru.
Flavettes sebuah jenama suplemen kesihatan nombor 1 di Malaysia cukup terkenal dengan khasiat vitamin C. Terbaru, rangkaian Flavettes Nutriskincare diperkenalkan dalam membantu penjagaan kulit wajah secara luaran dan juga dalaman. Suplemen ini mudah diambil secara oral dan kehadiran formulanya menguatkan lagi ciptaanya serba inovatif. Flavettes Effervescent Glamz merupakan salah satu produk di bawah rangkaian Flavettes Nutriskincare yang mengandungi L- Glutathione, Kolagen Peptida dan Vitamin C.
Kehadiran Tri-Action formula ini membuatkan kulit lebih sihat, anjal dan Be Seri-Seri Inside Out. Untuk hasil yang lebih baik dan berkesan, gunakan Flavettes Effervescent Glamz setelah selesai rutin penjagaan kulit harian anda. Setiap hari diamalkan, jangan terkejut kulit wajah akan lebih berseri dan tampak lebih muda. Usah khuatir dengan keberkesanannya kerana formula yang digunakan lengkap dengan bahan-bahan berkualiti tinggi. Flavettes melalui Duopharma Biotech, cukup dikenali dengan kepakaran farmaseutikal dalam menghasilkan produk berasaskan perubatan yang diluluskan oleh NPRA dan JAKIM.
Setiap ramuan melepasi piawaian gred farmaseutikal dan telah dirumuskan khas untuk memberi maafaat kepada semua jenis kulit dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Kandungan Effervescent Glamz mempunyai L- Glutathione 200mg, Kolagen Peptida 1000mg dan Vitamin C 60mg. Untuk mencapai tahap kulit Be Seri-Seri Inside Out, setiap kandungan ini diperoleh daripada pembekal ramuan farmaseutikal yang bereputasi. Campuran perisa oren dan aroma vanilla cukup melengkapi rasa yang sedap.
Raut wajah pelakon Raysha Rizrose lebih bersinar dan sihat setelah mengamalkan Flavettes Efferverscent GlamzKolagen Peptida adalah molekul 300 kali lebih kecil. Kandungan 1000mg Kolagen Peptida dalam Flavettes Effervescent Glamz adalah dos yang baik dalam menyokong kulit lebih tegang dan molekulnya yang halus mudah menyerap dalam badan. Glutathione pula menghalang sintesis eumelanin (melanin hitam) dan meningkatkan nisbah pheomelanin (melanin kuning-merah) yang membantu kulit wajah lebih cerah dan berseri.
Untuk kekal segar dan sihat sepanjang hari, pelakon Eyka Farhana tidak pernah tinggal rutinnya kecantikan luar dan dalam Bergama Flavettes Effervescent GlamzArtikel berkaitan Petua Kulit Sihat Dan Cantik Sewaktu Berbasikal
Flavettes Effervescent Glamz turut digemari oleh pelakon terkenal Zara Zya. Kini, sedang aktif dalam pengambaran drama Mr.Bibik. Menurut Zara, setelah dia mengamal suplemen ini kulitnya lebih anjal dan sihat. Setiap kali bermulanya pengambaran, pastinya dia tidak ketinggalan untuk meminum segelas Flavettes Effervescent Glamz. Barulah kekal cantik di luaran dan dalaman. Untuk pembelian secara dalam talian, klik link ini.
Pelakon utama drama Mr.Bibik, Zara Zya berkata kulitnya lebih anjal dan bermaya sepanjang hari walaupun sibuk di set pengambaran.
konsep & penata gaya JULIA AZMAN fotografi EDMUND LEE/ ONE3FOURSTUDIO videografi JACKIE MAH/ONE3FOURSTUDIO solekan SHIYO JOO (EYKA FARHANA & RAYSHA RIZROSE), ALHA ALFA (ZARA ZYA) dandanan CKAY LIOW (EYKA FARHANA & RAYSHA RIZROSE) pakaian KHOON HOOI, RIZMAN RUZAINI & FIZIWOO aksesori WANDERLUST+CO tajaan lokasi PRESIDENTIAL SUITE, PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR
Ikuti kuiz ringkas bersama Flavettes Nutriskincare untuk mengetahui rahsia ‘Be Seri-Seri Inside Out’