Musim percutian akan tiba tidak lama lagi. Lancome ada cadangan bernas untuk anda berikan kejutan kepada yang tersayang.
Mungkin inilah dia masanya untuk pikat hati si dia dengan hadiah yang pasti dapat membuatkan dia teruja. Bukan pakaian, atau kad tambah nilai, tetapi semestinya produk kecantikan yang semua wanita idamkan. Boleh kata setiap wanita akan teruja pabila membuka set mekap yang baharu.
Perlukan idea untuk memilih hadiah Krismas untuk si dia? Semak cadangan kami di bawah.
The Party Girl
The Fabulous Eye Shadow Palette edisi terhad dari Lancôme menjadi hadiah paling istimewa untuk wanita yang suka menghadiri parti. Dengan 13 tona yang hangat, smokey dan sesuai untuk festival, pembayang mata ini juga mempunyai rangkaian kemasan terakhir dari top coat ultra-glitter kepada base coat matte. Palet yang berpenutup metalik ros emas, ros Lancôme timbul yang popular menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia turut hadir dengan dua berus mata dan satu berus pemerah pipi.
The Beauty Queen
Hadiahkan kepada si dia yang sukakan bersiap dengan La Rose À Poudrer Highlighter. Setiap kelopak La Rose À Poudrer Highlighter disemai dengan pearliser yang gemilang yang menyerlahkan solekan serta merta. Dengan satu stroke berus highlighter ini mampu menyinarkan kulit dengan cukup sempurna. Kemasan terakhir rose gold sesuai untuk semua jenis tona kulit.
The Lipstick Lover
Kita semua pasti ada seorang sahabat yang tidak takut untuk tampil berani pabila menyentuh soal lipstik dan pastinya dia akan jatuh cinta dengan L’Absolu Rouge Lipstick dalam pek ros emas dengan kilauan emas.