Acara paling dinanti oleh pencinta kecantikan, House of Sephora kini kembali lagi dengan menampilkan pelancaran produk kecantikan terkini melalui dua trend menarik: Colour on Colour dan Better Skin Fast eksklusif di TRX Kuala Lumpur.
Dua kali setahun, Sephora mengetengahkan trend baharu menerusi House of Sephora, memperkenalkan inovasi kecantikan eksklusif daripada jenama Only At Sephora. Dengan reka bentuk dalaman yang menarik dan interaktif, pengunjung kini dapat merasai pengalaman membeli-belah yang lebih mendalam dan secara peribadi.
Khas buat komuniti kecantikan, acara ini memberi peluang eksklusif kepada anda untuk menjadi yang pertama merasai trend 2025 serta berinteraksi dengan pakar jenama kecantikan global.
TREND 1: COLOUR ON COLOUR
Trend solekan monokromatik kini menjadi pilihan ramai kerana ia mudah, universal dan tampak effortless pada setiap individu. Dari rona pink feminin, peach cerah, coklat hangat, hingga berry goda, terokai warna-warna terang dan berani untuk mencipta gaya solekan Colour on Colour dengan rangkaian warna yang menarik dari Sephora.
Dapatkan padanan sempurna untuk bibir dan pipi anda dengan pelancaran produk baharu ini:
- Anastasia Beverly Hills – Lip Velvet (shade extension), RM135 | Pelancaran: 3 Mac
- Tarte – Blush Tape Satin, RM164 | Pelancaran: 9 Jan
- Fenty Beauty – Gloss Bomb Shimmer Stix, RM127 | Pelancaran: 26 Feb
- Fenty Beauty – Cheeks Suede Powder Blush, RM170 | Pelancaran: 26 Feb
- Makeup by Mario – SuperShine Lip Glow, RMXXX | Pelancaran: 27 Mac
TREND 2: BETTER SKIN FAST
Mendapatkan kulit yang sihat sering kali memerlukan masa yang panjang, tetapi dengan trend Better Skin Fast, Sephora memperkenalkan rangkaian serum dan krim yang membantu anda mencapai hasil dengan lebih pantas, mengikut jenis kulit dan keperluan anda. Sama ada anda ingin mencerahkan, melembapkan atau mengecilkan liang pori, trend ini memberikan penyelesaian yang lebih cepat dan berkesan.
Percepatkan perjalanan kecantikan anda dengan pelancaran produk penjagaan kulit baharu ini:
- Caudalie – Premier Cru Eye Cream, RM295 | Pelancaran: 27 Mac
- Tatcha – Brightening Serum, RM500 | Pelancaran: 13 Feb
- Glow Recipe – Watermelon Glow Niacinamide Dewy Flush (Watermelon Flush & Berry Flush), RM127 | Pelancaran: 13 Feb
- Allies of Skin – Retinal 0.1% & Peptides Advanced Repair Night Cream, RM643 | Pelancaran: 9 Jan
- Biossance – Squalane + Firm & Lift Dual Serum, RM355 | Pelancaran: 9 Jan