Baik produk untuk membelai kulit, alat solek sampailah ke minyak wangi, ini lima produk cantik terbaru yang beauty junkie mesti cuba bulan ini.
COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU

Bagi pecinta hanuman Coco Mademoiselle, kini hanuman kesukaan anda hadir dengan Coco Mademoiselle Coco Crush, intepretasi serta komposisi baharu Olivier Polge dalam menambah rencah haruman masyhur ini. Coco Mademoiselle Coco Crush tampil dengan sentuhan bauan buah-buahan seperti anggur dan laici, serta elemen kayuan. Sentuhan bunga-bungaan seperti bunga melur dan mawar dengan percikan patchouli.
COACH CHERRY
Botol merah berkilat sudah cukup menjadi satu statement kepada hanuman ini. Haruman Coach terbaru ini dicipta dengan objektif menjadi inspirasi generasi hari ini untuk terus meneroka dunia, berkspresi serta merai keyakinan diri.

Dicipta oleh pakar haruman Natalie Cetto dan Nadège Le Garlantezec, minyakw angi ini dibuka dengan aroma buah ceri dan limau Mandarin berserta kehangatan pink pepper. Haruman ini juga diperindah dengan bau bungaan seperti bunga jasmin, magnolia dan juga bunga ros. Ditambah sedikit kemanisan vanila dan patchouli. Coach Cherry terdapat di Sephora, RM635 (90ml), RM465 (50ml).
ESTEE LAUDER DOUBLE WEAR SKINFIT CUSHION FOUNDATION SPF 40/PA+++
Sebelum ini bedak asas Double Wear memang diiktiraf sebagai salah satu rangkaian bedak asas yang disukai ramai. Tahun ini, Estee Lauder memperkenalkan rangkaian ini dalam bentuk bedak kusyen pula.

Bedak kusyen ini diformulakan dengan 80 peratus bahan penjagaan kulit serta pemakaian yang mampu bertahan 24 jam. Teksturnya yang ringan membuatkan pemakaian yang selesa sepanjang hari tanpa menyebabkan kulit terasa kering.
Dilengkapi dengan Microflex Longwear Mesh, bedak kusyen ini tidak akan cakey dan meliputi kulit dengan baik. All-day oil control complex pula menyerap lebihan minyak sekaligus mengelakkan kulit nampak berkilat atau berminyak. RM240 satu kompak dan RM165 untuk isian semula.
TATCHA THE WATER CREAM
Tatcha memperkenalkan The Water Cream, penghidrat wajah yang menjadi pilihan ramai dan kali ini dengan kandungan matcha. Krim gel ini bebas minyak dan secara klinikal terbukti melembapkan kulit tiga kali ganda.

Pemakaian berterusan akan mengecilkan pori dan menghaluskan tekstur kulit. Rangkaian ini juga hadir dengan pencuci wajah, The Matcha Foam Cleanse dan serum, The Longevity Serum. Tatcha The Water Cream, RM359 (50ml) dan RM121 (15ml).
FENTY BEAUTY GLOSS BOMB STIX (NUDE SHADES)

Salah satu produk kegemaran peminat Fenty Beauty semestinya Gloss Bomb Stix. Kini demi memenuhi permintaan ramai, Fenty Beauty menambah lagi empat warna baharu dan kesemuanya ialah dalam ton nude, warna yang lebih neuteral untuk dipadankan dengan ton kulit anda. Gloss Bomb Stix hadir dengan kilauan bibir yang menarik dan karakter warna yang cukup menyerlah. Gincu ini mengandungi bahan-bahan yang memelihara bibir seperti squalane, vitamin E, shea butter dan minyak kiwi. Formulanya tidak melekit dan meliputi bibir dengan selesa selama lapan jam. RM138 sebatang.
