EH! memilih 5 item dari himpunan terkini Chanel untuk idea solekan berpanjangan sehingga tahun hadapan.
Hujung tahun ini Lucia Pica, pereka kreatif mekap dan warna global Chanel, mahu penggemar Chanel mendasari dunia rumah fesyen Paris ini. Lucia menyatukan elemen juga identiti Chanel yang sudah utuh dengan inspirasi moden Hari ini.
Jika dilihat pada kempennya yang dibintangi oleh model Vittoria (juga model kegemaran saya) dapat dilihat secara jelas elemen tali emas pada beg-beg Chanel menjadi salah satu inspirasi pada koleksi ini bila mana Vittoria bergaya Bersama tali beg Chanel itu di dalam kempen ini. Tali beg Chanel selama ini dianggap sebagai penyeri pada penampilan ringkas jadi itu juga yang mahu diterjemahkan oleh Lucia menerusi himpunan ini . EH! memilih lima item paling menarik untuk anda miliki dari koleksi yang dinamakan sebagai Les Chaines D’or De Chanel ini.
Les Chaines De Chanel, Illuminating Blush Powder
Bedak berkilau ini tampil dengan efek satin, menyerlahkan kulit dan menangkap Cahaya pada bahagian-bahagian tertentu. Ia mencipta gaya solekan yang natural dan punya elemen Merah jambu, membuatkan kanvas kulit kelihatan berseri-seri. Layangkannya pada tulang pipi, sedikit pada dahi dan juga batang hidung. Jika mahu, boleh juga jadikannya sebagai pembayang mata.
Ombre Premiere, 926 Or Blanc: A Platinum
Pembayang mata dengan pertembungan ton emas dan platinum. Warnya pada saya cukup eksklusif dan sukar ditafsirkan apa warna sebenarnya bila disapu apda kelopak mata. Boleh dipakai satu warna sahaja atau Boleh tambah sedikit pembayang mata warna coklat gelap atau hitam untuk solekan mata yang lebih menonjol. Calitkan pada sudut dalam mata untuk membuatkan mata tampil lebih segar.
KLIK: RAHSIA WAJAH BELLA HADID BERSERI-SERI
Ombre Premiere, 928 Cuir Brun: An Intense Khaki Brown
Warna ini cukup versatil dan antara warna popular dalam palet solekan mata. Anda bebas berkreatif dengan warna tunggal ini. Mahu gaya yang Sederhana jadikan ia seperti penggaris mata. Ambil berus halus dan gariskan pada garisan atas bulu mata. Tarik keluar sedikit untuk efek cat-eye. Jika mahu lebih menonjol sapukan pada seluruh kelopak mata. Mahu lebih menyerlah tambah sedikit pembayang mata ton platinum Chanel di atas tadi.
Rouge Allure, 107 Or Beige: A Gold-Specked Caramel Beige
Ton gincu paling popular (paling selamat) untuk disimpan di dalam beg tangan anda. Ton gincu nude ini sangat sesuai untuk gaya hari-hari. Sesuai juga untuk majlis istimewa, tapi gandingkan bersama pensel bibir dan calitkan sedikit glos untuk bibir yang lebih mungil.
Rouge Allure, 137 Pourpre d’Or: A Scintillating Plum
Jika anda berasakan Merah lada Sudah terlalu biasa, pilih yang ini. Saya anggap gincu warna plum adalahw arna yang cukup seksi dan ada elemen misteri. Ada sesetengahw anita takut menggayakan gincu merah kerana merasakan ia terlalu menjerit, jadi saya sarankan sapukan warna merah gelap ini pada bibir, masih menonjol tapi sedikit low-key.