Wangian d’Annam White Rice kami letakkan sebagai Ikon Baharu Haruman Minimalis Pilihan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang bersifat natural. EH! Beauty Awards memilih haruman ini kerana ia mewakili satu perubahan dalam dunia wangian moden, daripada haruman yang kuat yang mendominasi ruang, kepada sesuatu yang lebih dekat, intim dan terasa seperti sebahagian daripada diri sendiri.
White Rice merupakan wangian daripada jenama niche fragrance d’Annam yang berasal dari Vietnam dan dikenali dengan pendekatan storytelling yang berasaskan memori dan elemen budaya harian. Mengambil inspirasi daripada aroma nasi putih yang baru dimasak, ia tidak dicipta sebagai wangian yang terlalu statement, sebaliknya lebih kepada skin scent yang natural, clean dan sangat dekat dengan aura peribadi si pemakai.
Dicipta sebagai clean musky gourmand fragrance, White Rice mempunyai karakter lembut yang memberi rasa seperti kulit yang clean, hangat dan sedikit creamy. Aroma utamanya sering digambarkan sebagai rice accord yang halus, disertai sentuhan musk yang lembut serta sedikit kemanisan yang tidak overpowering.
Aromanya tidak kuat atau memenuhi ruang, tetapi lebih bersifat intim, hanya akan dihidu apabila seseorang berada dalam jarak dekat. Ciri ini menjadikannya sangat sesuai untuk mereka yang menggemari gaya wangian minimal, understated dan tidak terlalu mencuri perhatian.

Inilah sebab mengapa d’Annam White Rice dipilih sebagai Ikon Baharu dalam EH! Beauty Awards tahun ini kerana ia mewakili perubahan cara kita melihat wangian hari ini, bukan lagi sekadar untuk diperhatikan, tetapi untuk dirasai. Ia mencerminkan generasi yang sedang bergerak ke arah gaya hidup yang lebih tenang, minimal dan intentional. Wangian kini bukan hanya tentang menarik perhatian orang lain, tetapi juga tentang memberi rasa selesa kepada diri sendiri.
White Rice sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan clean aesthetic lifestyle, individu yang sukakan kesederhanaan, ruang yang teratur dan gaya yang tidak berlebihan. Wangian ini juga membawa rasa familiar comfort terasa seperti rumah dan rutin harian yang tenang.

Anda boleh dapatkan d’Annam White Rice (RM690) di mana-mana butik flagship TROVE (The Starhill, Pavilion Damansara Heights & The Exchange TRX) atau boleh sahaja klik pautan INI untuk pembelian secara dalam talian.
Artikel Berkaitan: 4 Manfaat Memiliki Diffuser Di Rumah
