Jika ditanyakan yang mana satu bedak asas terbaik dan patut dibeli tahun ini, tanpa ragu-ragu Dior Forever adalah jawapannya. Bedak asas ini antara produk Dior yang terus diperbaharui formulanya, tahun demi tahun semakin cemerlang. Ia bukan sekadar melakukan tugas bedak asas, malah disempurnakan dengan bahan yang merawat kulit. Inilah Bedak Asas Terbaik pilihan EH! untuk tahun ini. Kini kulit cantik tanpa filter menjadi realiti.
Tahun 2026 menyaksikan Dior memperkenalkan semula foundation ikoniknya dengan gabungan sempurna antara efek solekan secantik filter dan kuasa penjagaan kulit setaraf serum. Dicipta oleh Peter Philips, Creative and Image Director for Dior Makeup, kedua-dua formula baharu ini memberikan kemasan kulit yang flawless, sama ada anda memakai mekap atau tidak.
Diinspirasikan daripada pengalaman Peter Philips dan pasukan jurusolek Dior di belakang pentas pertunjukan fesyen antarabangsa, rangkaian Dior Forever direka untuk memastikan kulit selebriti dan model sentiasa tampil sempurna walaupun melalui sesi fotografi yang panjang, karpet merah yang sentiasa sibuk dengan kerlipan cahaya kamera dan lampu mahupun di atas pentas peragaan yang menjadi titik tumpu.
Diuji pada pelbagai jenis serta to kulit, Dior Forever menawarkan hasil kulit yang kelihatan sempurna tanpa perlu touch-up, sentiasa bersedia untuk kamera dan close-up dari setiap sudut. Ada dua kemasan menjadi tawaran iaitu Dior Forever Skin Glow untuk kemasan yang lebih glowing, dan bagi pencinta kemasan pusam atau matte, anda boleh mencuba Dior Forever Skin Wear.

Glow Yang Tahan Seharian
Tumpuan diberikan kepada Dior Forever Skin Glow, bedak asas yang memberikan efek glow seolah-olah baru keluar dari studio fotografi dengan kemasan bercahaya sehingga 24 jam. Untuk pencinta kemasan pusam (matte), Dior Forever Skin Wear tampil dengan kemasan pusam natural yang tahan sehingga 24 jam.
Kedua-duanya direka untuk memastikan kulit kelihatan sempurna dalam apa jua pencahayaan, sama ada untuk kegunaan harian, selfie, kandungan media sosial atau rakaman profesional. Hasilnya? Kulit kelihatan licin dengan efek blur semula jadi atau glow yang sihat dan segar.
“Kami membangunkan tekstur yang memberikan prestasi tinggi tetapi terasa ultra ringan pada kulit. Formula ini bukan sahaja membantu menyamarkan cela, malah menawarkan manfaat penjagaan kulit jangka panjang serta pilihan ton yang lebih bervariasi. Dior Forever Skin Glow dan Dior Forever Skin Wear menandakan era baharu untuk solekan kompleksi wajah.” — Peter Philips, Creative and Image Director for Dior Makeup.
Teknologi Glow Generasi Baharu
Kulit yang kusam cenderung menyerap cahaya. Sebab itu formula Skin Glow menggunakan teknologi minyak reflektif yang dipatenkan untuk membantu memantulkan cahaya secara sekata pada kulit.
Gabungan pigmen berliputan tinggi dan serbuk penyempurna menghasilkan efek soft-focus yang membantu mengurangkan penampilan pori serta ketidaksempurnaan kulit. Formula ini turut diperkaya dengan polimer khas yang memastikan kemasan kekal cantik sepanjang hari walaupun dalam cuaca panas dan lembap, tanpa rasa berat pada kulit.
Hasilnya, kulit kelihatan bercahaya dari dalam dan luar, memantulkan cahaya secara semula jadi dari pagi hingga malam.
Dior Forever Skin Wear, Matte Yang Berdimensi
Jika foundation matte biasa cenderung kelihatan kering atau berdebu selepas beberapa jam, Dior Forever Skin Wear menawarkan pendekatan yang berbeza. Formula terkininya menggabungkan teknologi micro-powder dan polimer untuk menghasilkan kemasan pusam yang tahan lama tanpa efek cakey atau nampak terlalu berbedak. Dua jenis micro-powder membantu mengawal kilauan berlebihan sambil memberikan efek sama-samar pada kulit.
Ini bermakna kulit kekal pusam tetapi masih mempunyai dimensi dan berseri semula jadi. Gabungan polimer dan bahan aktif ringan turut menghasilkan lapisan mikro yang membolehkan kulit bernafas, memberikan kemasan seperti kulit asli serta ketahanan no-transfer walaupun dalam cuaca panas dan lembap.

Kuasa Serum Dalam Sebotol Foundation
Buat pertama kali, Dior menggabungkan tiga bahan aktif utama ke dalam formula Skin Glow untuk memberikan manfaat penjagaan kulit yang dapat dilihat walaupun tanpa makeup selepas seminggu penggunaan.
Hyaluronic Acid
Hero ingredient yang terkenal dengan keupayaan mengekalkan kelembapan sehingga 1,000 kali beratnya sendiri dalam air. Ia membantu menghidrat kulit secara mendalam serta memberikan efek plumping segera.
Niacinamide
Rahsia kulit yang kelihatan lebih sekata dan flawless. Ia membantu mengawal minyak berlebihan, mengurangkan penampilan pori serta menjadikan kulit tampak lebih cerah dan berseri.
Peptide
Bahan aktif kegemaran dunia skincare yang membantu menyokong struktur kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih licin, anjal dan radiant.
Hasil Yang Boleh Dilihat
Serta-merta
- Kulit terasa lebih lembap.
- Tekstur kulit kelihatan lebih halus.
- Wajah tampak lebih plump dan segar.
Sepanjang Hari
- Kulit kekal lembut dan selesa.
- Glow semula jadi bertahan lebih lama.
Selepas 1 Minggu
- Kulit tanpa makeup kelihatan lebih cerah.
- Ton kulit lebih sekata.
- Wajah tampak lebih sihat dan revitalised.
Dengan Dior Forever Skin Glow dan Dior Forever Skin Wear, makeup kini bukan sekadar tentang menutup ketidaksempurnaan, tetapi membantu menjadikan kulit lebih cantik setiap hari.
