Haruman ikonik ini bagai menjalani transformasi tanpa sedar sejak Rihanna menjadi wajah baharunya. Tambahan pula edisi J’adore Intense yang baharu ini mendapat sentuhan terkini dari Francis Kurkdjian, lantas menjadikan haruman ini antara yang paling bold dan edgy untuk tahun ini. EH! Beauty Awards meletakkan haruman ini sebagai Haruman Wanita bernuansa edgy pilihan nombor satu kami tahun ini.
Rihanna terus menjadi wajah utama yang menghidupkan naratif J’adore. Sebagai duta haruman kebanggan Dior ini, dia membawa aura moden dan pengaruh budaya global yang menjadikan J’adore kekal relevan dalam dunia kecantikan mewah hari ini. Dengan kehadirannya yang cukup berpengaruh, Dior berjaya memperkenalkan semula legasi haruman ini kepada generasi baharu di seluruh dunia.
Dicipta oleh Francis Kurkdjian, J’adore Intense memperkayakan DNA floral ikonik J’adore dengan karakter yang lebih memikat. Gabungan nota jasmine, ros, ylang-ylang, cendana dan vanila menghasilkan haruman yang lebih hangat, sensual dan penuh lapisan. Formula yang ini diberi nafas baharu tanpa menghilangkan identitinya yang asli, cukup segar untuk terasa moden, namun masih mengekalkan keanggunan J’adore yang menjadi sanjungan wanita seantero dunia.
Francis Kurkdjian bukan sekadar mencipta haruman, malah dia menterjemahkan emosi dan keinginan ke dalam setiap semburan. Untuk J’adore Intense, inspirasinya tertumpu kepada Rihanna—ikon global yang memikat perhatian dan simbol kewanitaan moden. Hasilnya ialah haruman yang terasa seperti sejambak bunga bermandikan cahaya matahari, terasa manis dengan sentuhan madu, mewah tetapi cukup bersahaja untuk melapisi kulit setiap hari.

J’ADORE INTENSE, LEBIH SENSUAL & MODEN
“Selepas L’Or de J’adore yang meraikan sinaran dan kekuatan bunga-bunga ikonik J’adore, saya ingin menghasilkan haruman baharu yang lebih hangat, lebih sensual dan lebih moden. Saya mahukan kelembutan yang berpadu dengan godaan, selari dengan semangat asal J’adore yang sentiasa meraikan keberanian untuk menikmati keseronokan hidup,” jelas Kurkdjian.
Dia turut menggambarkan J’adore Intense sebagai ekspresi kecantikan yang yakin dan bercahaya. Haruman ini hadir dengan karakter yang lebih luminous dan fruity, sambil mengekalkan kehangatan yang membuatkan ia terasa begitu memikat pada kulit.
“Saya mahu memberikan lebih banyak ‘lengkungan’ dan ‘bentuk’ kepada J’adore, menjadikannya lebih penuh, lebih sensual dan lebih seksi,” tambahnya.
Untuk mencapai visi tersebut, Kurkdjian memperhalusi semula bunga-bunga ikonik J’adore dengan sentuhan buah-buahan yang lebih menyerlah. Nota melur hadir dengan nuansa aprikot yang ranum dan berjus, manakala ros berkembang menjadi sentuhan baldu yang lembut dengan kemanisan seakan madu. Ylang-ylang pula membuka pengalaman haruman dengan karakter klasik sebelum berubah menjadi nota buah-buahan yang lebih moden dan segar.

Turut melengkapkan komposisi ini ialah nota lactone yang memberikan efek berkrim dan pekat yang lembut pada kulit, bersama layangan tuberose dan violet yang menjadikan keseluruhan haruman terasa lebih ketagih dan mempesona.
Dalam dunia hari ini, wanita semakin selesa meraikan sisi feminin mereka tanpa perlu berkompromi dengan kekuatan dan kebebasan diri. Menjadi sensual dan berdikari bukan lagi dua perkara yang bertentangan. Sebaliknya, kedua-duanya boleh wujud seiring.
Dan itulah wanita yang diraikan oleh J’adore Intense; berani, yakin, bebas dan tidak takut untuk meletakkan diri mereka sendiri sebagai keutamaan.
Tidak hairanlah J’adore Intense menjadi antara haruman paling hangat diperkatakan pada tahun 2026. Ia bukan sekadar wangian, tetapi simbol kewanitaan moden yang berani bersinar mengikut caranya sendiri; edgy and iconic!
Dekati haruman kegemaran Rihanna ini di pautan DIOR ini.
