Ada produk yang tanpa kita sedar perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada rutin harian, go-to item yang sentiasa dicapai bila perlu dan essence All About Matt! Fixing Compact Powder tergolong dalam kategori ini. Ia menjadi pilihan utama apabila solekan perlukan quick touch-up untuk kekal fresh, kemas dan terkawal. Inilah ikon bedak kompak baharu pilihan EH! Beauty Awards, sesuai buat mana-mana gadis yang sangat ‘girlie’.
Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, apa yang pada awalnya nampak flawless di waktu pagi boleh berubah di pertengahan hari apabila kilauan minyak mula muncul tanpa diundang dan essence All About Matt! Fixing Compact Powder pula akan menjadi penyelamat paling praktikal dalam beauty bag anda ketika itu.
Bagi EH!, ikon bukan tentang siapa paling mahal atau paling mewah. Ikon adalah produk yang benar-benar hidup seiring dengan realiti pembaca kami. Cepat, sentiasa bergerak, kekal kemas dan yakin sepanjang hari. essence All About Matt! Fixing Compact Powder memenuhi semua itu.
Ia bukan sekadar bedak kompak, tetapi seperti reset button dalam beauty bag yang memberi peluang kedua untuk segarkan semula wajah apabila hari menjadi semakin panjang dan keadaan tidak lagi memihak pada solekan.

All About Matt! Fixing Compact Powder dari essence ini merupakan translucent pressed powder yang direka untuk setting dan finishing makeup. Ia digunakan untuk mengunci foundation supaya lebih tahan lama sambil mengurangkan kilap minyak pada kulit tanpa menambah warna atau coverage yang berat.
Formula powder ini bersifat ringan dan silky-matte, jadi ia tidak memberi kesan yang tebal atau cakey walaupun digunakan beberapa kali untuk touch-up. Disebabkan sifatnya yang translucent, ia sesuai untuk pelbagai tona kulit dan tidak mengubah warna asas solekan di bawahnya.
Dari segi fungsi, ia sangat fokus pada oil control, terutama di kawasan T-zone yang mudah berminyak. Ia juga sering digunakan sebagai on-the-go touch-up powder kerana teksturnya yang mudah di blend dan tidak mengganggu solekan asal.
Apa yang menjadikan produk ini relevan dalam dunia kecantikan adalah konsepnya yang sangat no-fuss. Sebab itu, essence All About Matt! Fixing Compact Powder bukan sekadar bedak kompak biasa ia adalah everyday essential yang membantu mengekalkan solekan kelihatan lebih kemas, segar dan terkawal sepanjang hari.

Miliki All About Matt! Fixing Compact Powder sekarang di Watsons berdekatan anda, Watsons PINK dan TikTok Shop. Jika mahu informasi lanjut tentang produk ini, klik pautan INI!
Artikel Berkaitan: Dua Gaya, Satu Sentuhan: Raya Look Versatil Bersama essence
