Louis Vuitton Les Sables Roses Eau de Parfum bukan sekadar haruman biasa, tetapi sebuah perjalanan emosi yang terungkap melalui setiap semburan. Ia hadir dengan karakter yang dalam, membawa emosi dan kehadiran yang terasa sejak semburan pertama. EH! memilih Louis Vuitton Les Sables Roses Eau de Parfum sebagai Haruman Feminin Pilihan kerana ia mengangkat gabungan rose dan oud dengan cara yang lebih berani, moden dan penuh ekspresi.
Les Sables Roses dihasilkan oleh perfumer utama Louis Vuitton, Jacques Cavallier Belletrud, sebagai sebahagian daripada koleksi Les Parfums Louis Vuitton. Dilancarkan pada tahun 2019, ia diinspirasikan daripada imej padang pasir yang hangat di mana bunga mawar dan oud bertemu dalam suasana yang kontras.
Dibina atas asas rose dan oud yang kaya dan mewah. Ia menggabungkan bulgarian rose dan centifolia rose dengan oud, saffron, ambergris serta sedikit sentuhan black pepper. Untuk hasilkan rose yang tidak terlalu feminin, tetapi lebih dalam dan bertekstur seakan mawar yang mekar di tengah landskap gurun.
Sejak semburan pertama, aroma mawarnya terus mengambil ruang dengan karakter yang velvety dan bold. Oud hadir sebagai sokongan yang memberikan kedalaman smoky dan resinous, menjadikan Les Sables Roses bukan sekadar floral scent, tetapi sebuah pengalaman olfaktori yang lebih dramatik dan sensual.

Di sebalik keindahannya, Les Sables Roses turut menonjol dari segi prestasi. Ketahanan aromanya yang luar biasa serta sillage yang elegan membolehkannya kekal menghiasi kulit dan pakaian selama berjam-jam, meninggalkan aura yang terus dirasai walaupun pemakainya telah berlalu pergi. Ia merupakan interpretasi moden rose oud yang lebih halus, mewah dan refined dalam dunia wangian niche mewah.
Bagi EH!, Les Sables Roses layak diangkat sebagai ikon baharu dalam keluarga Louis Vuitton kerana ia mencerminkan wanita moden yang penuh keyakinan, lembut namun teguh pendiriannya, feminin namun tidak takut untuk menonjolkan kehadiran. Sebuah haruman yang berbicara tanpa suara, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam.

Louis Vuitton Les Sables Roses hadir dalam dua pilihan saiz serta botol refillable yang bukan sahaja berbaloi untuk jangka panjang, malah lebih mesra alam. Haruman ini ditawarkan pada harga bermula RM2,050 untuk 100ml, manakala refill 100ml boleh dimiliki pada harga RM1,200, manakala untuk botol bersaiz 200ml berharga RM3,250 dan refill 200ml pada harga RM2,500. Untuk pembelian secara dalam talian boleh klik laman sesawang Louis Vutton.
Artikel Berkaitan: Tahun 2026, Tahun Meraikan 130 Tahun Monogram Louis Vuitton
