Gloss Bomb Cream cipta magis bibir tebal sekelip mata. Formulasi baru, anda pasti jatuh cinta dengan sekali sentuhan.
Antaranya Fenty Glow, Honey Waffles, Cookie Jar, Mauve Wives dan Fruit Snackz. Pilihan warna mewah dengan eksplosif bersinar ternyata memberi efek bibir tebal dan menggiurkan. Sekali calit, sudah menjanjikan kepuasan tahap maksima.
Kandungan gloss bibir ini kaya dengan Vitamin A membuatkan bibir anda tebal secara sekelip mata dan teksturnya tidak melekat dan sedikit aroma peach vanilla pasti membuat anda tidak keruan!
Tip pemakaian Gloss Bomb Cream : Boleh menggunakan teknik layering bersama lipstik. Lebih cantik jika anda gabungkan dengan Stunna Lip Paint. Teknik ini akan menaikkan warna gincu secara intensif.
Bakal berada di pasaran bermula 10 Disember 2020 di Sephora.my dan di gedung Sephora seluruh Malaysia. Harga RM 101.
Artikel berkaitan #COVID19 Rihanna Derma RM20 Juta. We Can Stand Under Her Umbrella