Ameera Khan memuat naik gambarnya berambut blonde hujung minggu lalu, dan sekelip mata menjadi tular, ada yang menyamakannya dengan imej aktres ikonik, Marilyn Monroe.
Sepanjang minggu ini tular gambar-gambar Ameera Khan berambut blonde bersama kucing kesayangannya, Darling. Penampilannya itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang memberi respon positif kepada penampilannya itu. Gambar-gambar ini dirakamkan sempena pelancaran The Palet Darling, kolaborasinya bersama label kosmetik milik ibunya, Young & Glow. alet yang menampilkan 10 warna ini mempunyai pelbagai fungsi, warnanya boleh dijadikan sebagai pembayang mata, warna untuk mencipta kontur wajah, pemerah pipi juga highlighter. EH! menemubual Ameera Khan sewaktu majlis pelancaran palet ini yang dilangsungkan secara virtual Selasa lalu.
Bagi Ameera, apa erti cantik?
Cantik iu sangat luas pengertiannya, tapi apa yang penting bagi saya ialah kita mesti berasa selesa dengan diri kita sebagai individu dan menyayangi diri sendiri
Dalam hal kecantikan, Siapa yang sering menjadi rujukan Ameera? Mungkin ada selebriti atau influencer yang jadi kesukaan?
Memang terlalu banyak rujukan yang boleh dijadikan inspirasi di media sosial, tapi saya tidak punya satu sumber yang lebih spesifik.
Siapa ikon cantik Ameera?
Kebelakangan ini saya menyukai Grace Kelly. Saya sukakan kecantikannya, natural dan ringkas. Saya sukakan keanggunan dia, cara dia membawa diri. Saya bukan mahu menjadi seperti dia tapi sekadar mengaguminya.
Ceritakan tentang inspirasi palet Darling
Jika ada sesuatu yang penting dalam hidup saya selain keluarga jawapannya tentulah kucing saya, Darling. Jadi dari satu terfikir mahu menghasilkan sesuatu yang ikonik untuk saya dan dia.
Ceritakan tentang nama-nama warna di dalam palet ini?
Nama-nama warna yang ada di dalam palet ini juga dekat dengan diri saya. Misalnya, Romeo adalah nama kucing saya yang sudah tiada, Baby adalah merujuk kepada nama panggilan saya di dalam keluarga, ‘Snow White’ kerana saya yang paling cerah dalam keluarga, ‘Mama’s Girl’ kerana saya anak Emak, dan macam-macam lagi.
Apakah visi cantik Ameera untuk 10 tahun akan datang?
Saya rasa dalam sedekad nanti kecantikan itu masih penting walaupun ia mungkin bukanlah keutamaan. Mama dan kakak-kakak saya embrace kecantikan semula jadi biarpun usia terus bertambah dan itu yang mahu saya ikuti. Apa yang penting ialah kecantikan dalaman dan menonjolkan energi yang bagus.
Bagaimana Ameera berhadapan dengan negativity, misalnya kritikan dari netizen?
Orang selalu fikir saya dikenali kerana saya adik kepada Kakak saya (Neelofa), tapi orang tidak tahu saya juga berusaha untuk berada di mana saya berada Hari Ini. Saya tidak nafikan, pengaruh Kak Neelofa memang banyak membantu tapi itu tidak bermakna saya boleh capai apa yang saya miliki Hari Ini tanpa perlu berbuat apa-apa. Sebagai manusia, ya ada masanya saya kecil hati dan terluka, tapi saya tidak tunjukkan apa yang saya rasa. Bagi saya ini adalah sebahagian daripada journey dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: Rahsia Cantik Ameera Khan, Sapu Creme De La Mer Pada Punggung
Artikel Berkaitan: “Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,”- Bay Doucet