Tidak kira sama ada anda seorang penonton tegar Keeping Up With Kardashians (yang Sudah pun tamat sirinya selepas lebih dari sedekad) atau anda Sendiri kaki stalk Instagram isteri kepada keluarga famous ini, saya pasti anda pernah terlihat kelibat Mario, jurusolek kegemaran seisi keluarga ini.
Jemari Mario Sudah bertahun-tahun merias dan mencantikkan wakah-wajah jelita keluarga Kardashians, Kim khususnya. Dan bulan lalu pada ulang tahun kelahirannya ke-37 (1 Oktober), Mario yang terkenal dengan kelas-kelas solekan anjurannya yang sering fully-booked, akhirnya merealisasikan angan-angannya untuk memiliki label kecantikannya sendiri.
Dinamakan sebagai Makeup by Mario, rangkaian alat solek inovasi jejaka kelahiran kota New York ini banyak diinspirasikan daripada kajiannya akan kemahuan pengguna mahupun keinginannya sendiri berpandukan pengalamannya sebagai jurusolek profesional.
Mario cukup terkenal dengan teknik konturnya yang hebat (juga tebal sebenarnya) namun dia mengakui dia sebenarnya cukup menggemari solekan natural. Jadi menerusi rangkaian solekannya ini, sebolehnya dia memenuhi kemahuan wanita-wanita (juga lelaki yang gila bersolek) di luar sana.
Kim Kardashian sambung belajar jurusan undang-undang
Tulisnya di Instagram, “bila membayangkan bagaimana rupanya alat solek saya, saya banyak terinspirasi daripada pengalaman saya dibesarkan di Bronx, New York. Rata-rata kami di sana membesar dalam keluarga imigran, yang mana latar belakang kami bermacam-macam.
Makeup by Mario belum ada di Malaysia lagi tapi sudah mula dijual di Sephora, Amerika. Kuala Lumpur? Harapnya tidak lama lagi.
Jenguk himpunan alat solek MakeupbyMario