Selain daripada solekan yang mampu menyerlahkan seri wajah, rambut juga memainkan peranan yang penting untuk melengkapkan penampilan anda di hari bahagia. Kadangkala pemilihan gaya rambut yang tidak sesuai dengan solekan dan busana boleh mencacatkan gaya. Untuk edisi perkahwinan kami kali ini, kami sempat bersama dengan Sherry Ibrahim untuk penggambaran Mahkota Sang Puteri dan menanyakan pandangannya tentang stail rambut pilihannya di hari bahagia serta impian perkahwinannya.
IMPIAN PERKAHWINAN KEDUA NORA DANISH >>
SELAMAT PENGANTIN BARU PIERRE ANDRE >>
Sherry mahukan rambutnya dibiarkan lepas dengan layah yang panjang. Dia hanya mahukan persalinan pengantin berenda Perancis yang ringkas dan tidak kembang. Impian Sherry adalah untuk majlisnya menjadi ‘happy wedding’ di mana semua jemputan terdiri daripada keluarga dan teman rapat sahaja. Dia mahukan sesuatu yang ringkas dan intimate.
TAMPIL BERLAINAN KE MAJLIS PERKAHWINAN >>
HALAMAN FESYEN EDISI PERKAHWINAN >>
Dia tidak mahukan majlis perkahwinan yang mewah dan keseluruhan perkahwinannya harus menggambarkan dirinya dan bukan orang lain. Dia menjadikan perkahwinan Justin Timberlake dan Jessica Biel sebagai rujukan kerana dia mahukan konsep perkahwinan yang kasual tetapi cukup intimate.
**Selak ke halaman 182 EH! bulan Jun untuk mendapat lebih idea stail rambut di hari bahagia.