Siapa sangka, dengan hanya rutin penjagaan gigi yang ringkas dan konsisten, kita juga mampu memiliki senyuman semanis Miss Universe tanpa perlu filter!
Di sebalik mahkota yang berkilauan dan solekan yang on point, ada satu aset yang benar-benar melengkapkan pesona seorang ratu cantik iaitu memiliki gigi yang putih, sihat dan terjaga rapi.
Pernah tidak anda tertanya, apa sebenarnya rahsia di sebalik senyuman memikat Miss Universe dan para beauty queen? EH! kupas rahsia mereka miliki gigi yang putih dan berita baiknya, bukan mustahil untuk anda pun capai senyuman seindah itu. Dengan hanya beberapa langkah mudah dan rutin yang konsisten, anda juga boleh miliki gigi yang putih dan sihat tanpa perlukan filter!
1. Berjumpa Doktor Gigi
Inginkan gigi yang on point seperti Miss Universe? Langkah pertama adalah buang stigma takut berjumpa doktor gigi! Bagi mereka, rutin ke klinik gigi bukanlah sesuatu yang perlu ditangguh hingga terasa sakit. Mereka menjadikan pemeriksaan gigi setiap enam bulan sebagai satu beauty commitment sama penting seperti rawatan wajah atau sesi facial. Dari scaling, polishing hingga ke deep cleaning, semua ini dilakukan secara berkala bagi memastikan gigi kekal bersih, bebas plak, dan gusi sihat.
2. Pemutihan Gigi Profesional
Whitening strip mungkin mudah dan cepat, tetapi untuk senyuman seputih mutiara persis bintang pageant, mereka selalunya memilih jalan profesional. Rawatan seperti laser whitening, Zoom teeth whitening, atau custom bleaching traysering menjadi pilihan kerana bukan sahaja boleh memberi hasil yang lebih cepat dan sekata, malah ia selamat untuk jangka panjang. Kalau anda idamkan senyuman cerah dan menawan tanpa risiko merosakkan enamel, ini antara langkah yang wajib dipertimbangkan.
3. Jaga Pemakanan
Senyuman menawan bukan hanya datang dari rutin penjagaan, tetapi juga dari apa yang anda makan dan minum setiap hari. Minuman seperti kopi, teh pekat dan wain merah memang terkenal sebagai ‘pembunuh senyuman’ kerana boleh menyebabkan gigi kelihatan kuning. Sebab itu, para ratu cantik selalunya elak minuman ini atau jika perlu, mereka akan minum menggunakan straw untuk kurangkan sentuhan terus pada gigi. Mereka juga amalkan buah-buahan tertentu seperti strawberi dan epal. kerana ia boleh membantu ‘menggosok’ permukaan gigi secara semula jadi. Simple tetapi sangat berkesan!
4. Invisalign atau Braces?
Ramai ratu cantik memulakan rawatan pelurusan gigi seperti braces sejak usia remaja lagi kerana senyuman yang sempurna memerlukan perancangan yang lebih awal. Namun, bagi mereka yang dewasa dan masih inginkan gigi yang lebih tersusun tanpa mengorbankan penampilan, Invisalign menjadi pilihan popular. Lutsinar, hampir tidak kelihatan dan selesa dipakai, sangat ideal untuk mereka yang sentiasa berada di hadapan kamera atau pentas.
5. Pemilihan Ubat Gigi
Jangan pandang ringan soal ubat gigi! Bagi para ratu cantik, pemilihan ubat gigi bukan sekadar bau atau jenama popular sebaliknya mereka memilih berdasarkan keperluan khusus seperti pemutihan, perlindungan enamel, atau masalah gusi. Ubat gigi dengan kandungan fluoride sangat penting untuk menguatkan gigi, manakala yang mengandungi gentle whitening agents pula boleh membantu mengekalkan tona putih tanpa merosakkan lapisan gigi. Ada juga yang memilih ubat gigi bebas SLS untuk elak iritasi dan ulser mulut, terutamanya jika mereka perlu bercakap atau tersenyum sepanjang hari. Pendek kata, senyuman yang cantik bermula dari asas dan pememilihan ubat gigi yang sesuai!
Produk Rekomendasi EH!: Colgate® Optic White® Purple toothpaste
Artikel Berkaitan: Ubat Gigi Berwarna Ungu, Inovasi Baru Untuk Kesan Gigi Putih