Nilai keremajaan kini bukan diukur dengan kiraan usia sahaja, tetapi dengan keserian wajah yang anjal, muda dan berseri. Dengan bantuan Youthfinity® Serum dari Mary Kay, anda kini boleh kunci keremajaan selamanya.
Mempercayai bahan asli dari bunga mawar, Mary Kay kali ini tampil dengan satu item magis yang mampu mengembalikan keserian remaja pada wajah dan mengunci keserian itu selamanya dan ini merupakan serum mewah dan eksklusif yang pernah dihasilkan oleh Mary Kay. Memahami gaya hidup pembaca majalah EH! yang asyik mengejar hal kerja atau keluarga seharian, pastinya anda sering terdedah dengan pencemaran, tekanan dan keletihan yang seterusnya mengakibatkan punca penuaan kulit tampil lebih ketara.
Mary Kay sudah dikenali dengan rangkaian produk penjagaan wajah yang berkesan dalam merawat segala masalah kulit yang dihadapi baik lelaki juga wanita. Mahu membantu pembaca EH! hari ini untuk mendapatkan kulit yang sihat segar dan anjal, Mary Kay memanjangkan satu lagi item penjagaan wajah baharu dengan rumusan Infinite Rose Complex yang melawan tekanan dan masalah kulit dari dalam seterusnya merangsang keserian remaja pada wajah.
KANDUNGAN BAHAN ASLI
Antara bahan utama yang menjana kuasa serum ini adalah ekstrak Alpen Rose, Evening Primrose dan Infinite Tripeptide yang membebaskan kulit dari sebarang tekanan. Bahan-bahan berkuasa ini juga melindungi kulit dari iritasi dan merangsang struktur sel kulit manakala ekstrak daun menyanthes tridoliata di dalamnya dirumus khas buat protein kulit. Hasilnya kulit bebas dari masalah dan keserian remaja pun tampil terserlah.
Dalam kajian yang dijalankan keatas pengguna serum ini (siang dan malam) selama tiga minggu mendapati kulit tampil lebih bersinar, kulit tampil lebih anjal tanpa garisan dan kedutan halus, dan seterusnya memberikan hasil kulit wajah yang lebih sihat