The Face Shop kembalikan rangkaian esensi Calendula sebagai penyelamat kulit kusam dan tidak bermaya! Kini ia berwajah baru!
Kulit sering terdedah dengan persekitaran kotor, panahan cahaya matahari terik dan sering keluar dengan pelitup wajah, buat kulit berada dalam keadaan sangat stress! Mulalah, timbul jerawat sebesar-besarnya atau kulit dalam keadaan iritasi yang ketara. Masa inilah, anda patut kembali dengan rutin asas, kekalkan ia ringkas tetapi berkesan. Jangan tambahkan tekanan ke atasnya sebaliknya rawat masalah sehingga pulih sepenuhnya.
Tidak perlulah membariskan produk penjagaan kulit berjenama cukup sekadar ia punya fungsi berguna dengan harga berpatutan. Lihat pada kegunaanya, bagi golongan yang baru berjinak dalam penjagaan kulit wajah, seeloknya mula dengan rutin biasa bersama produk bertekstur lightweight, gentle formula dan kurang bahan wangian.
Barisan produk yang kini berwajah baru daripada The Face Shop Calendula mungkin bakal jadi kegemaran anda! Menerusi Calendula Essential Line yang diperbuat daripada 10% ekstrak Calendula ini sesuai sebagai barisan produk penjagaan kulit wajah yang asas. Terutama untuk newbies K-Beauty .
Rekaan bekas adalah inspirasi vintaj dan dilengkapi dengan penutup berona emas matte. Pemilihan palet warna minimalis sesuai dengan ilham naturalism iaitu “ less is more”. Apa yang terkandung di dalamnya adalah Ekstrak Calendula, cukup terkenal dalam merawat kulit iritasi secara intensif terutama jenis kulit kering, sensitif dan rapuh. Malah bertindak sebagai anti-oksida dan anti-inflammatory.
Ramuan sebanyak 6 jenis herba pula membantu kulit rosak secara luaran dan dalaman antaranya Chamomile, Cornflower, Rooibos, Lily, Sage & Borage. Bahan terakhir cukup dikenali iaitu asid hialuronik.
Artikel berkaitan THE FACE SHOP Myeonghan Miindo Ultimate Cream
Mulakan rutin dengan The Face Shop Calendula Essential yang kini dijual secara ekslusif di laman rasmi The Face Shop Malaysia.