Seminggu lebih berlalu, namun penampilan Dayang Nurfaizah dalam persalinan sutera sifon berona coklat Haute Couture by RI masih berbekas di ingatan peminatnya. Apatah lagi solekan dan dandanannya sewaktu persembahan di rooftop KOMTAR itu, flawless! EH! bariskan 10 produk yang maestro solekan dandandan ini gunakan.
Givenchy Prisme Libre Skin Caring Concealer RM173
Penyamar noda dalam tekstur krim ini tidak mengering malah ia mempunya formula yang menghidrat jadi solekan tidak ‘cakey’. Ini kali pertama saya lihat Khir Khalid menggunakan concealer ini untuk Dayang.
Boleh dapatkan di Sephora, RM173 setiap satu.
Armani Beauty Luminous Silk Bronzing Powder
Khir Khalid melayangkan bronzer yang bertekstur sedikit berkrim ini ini pada area tulang pipi Dayang sebagai kontur, sedikit layangan pada bahagian dahi dan rahang. Sexy bronzy look! Dapatkan di Armani Beauty, RM290.00
Dior Backstage Glow Maximizer Palette
Palet ini digunakan sebagai highlighter pada bahagian mata dan tulang pipi. Jadi bila cahaya matahari menyentuh pipi Dayang, kilauannya lebih menyerlah. Dapatkan palet kesukaan ramai ini di Dior Beauty
Tom Ford Beauty Eye Color Quad Eye Shadow Palette RM455
Tekstur bedak yang sedikit berkrim menjadikan kemasan pembayang mata ini lebih intense dan mudah dimesrakan, dan itulah salah satu faktor mengapa palet ini menjadi kegemaran ramai jurusolek profesional. RM455 setiap satu dan dapatkannya di Sephora.
Charlotte Tilbury, Pillow Talk Big Lip Plumgasm
Glos bibir dengan asid hyaluronik, ia melembap dan Khir sukakannya kerana ia membuat bibir tampil lebih penuh dan mungil. Warna yang ini memang tampak natural, RM160.
Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spray
Khir Khalid akhiri riasannya dengan memilih semburan wajah yang laris di kaunter Sephora sejak ia mula dilancarkan di Malaysia. Ia ringan, mengunci solekan sehingga mampu bertahan sehingga 16 jam.
Aromatica Ritual Hair Oil Lavender & Patchouli
Sebelum proses mengeringkan rambut, Juno terlebih dahulu menyapukan seikit minyak rambut Aromatica ini agar proses pengeringan dan penggunaan iron tidak merosakkan. RM99.
Dyson Supersonic Nural™
Pengering rambut ini ialah Juno ‘must haves’. Direka dengan teknologi untuk menyihatkan rambut menerusi proses dandanan. Ia dilengkapi dengan teknologi ciptaan Dyson yang membuatkan kulit kepala tidak terkesan dengan suhu pengering rambut. Ia menjadikan kulit kepala lebih kuat dan mampu bertahan. Harga pasaran, RM2,339.
OSiS+ Glow Frizz Control & Shine Serum
Juno menggunakan serum ini pada rambut asli Dayang dan juga extension. Ia memberi kesan rambut bersinar dan tidak mengerbang. Sebab itulah biarpun rambut Dayang ditiup angin sepanjang persembahan, rambutnya kekal rapi dengan serum dari rangkaian OSIS ini.
Hair Rituel by Sisley Volumising Spray
Walaupun rambut Dayang mahu digayakan dengan stail lurus-selurusnya, tapi tak bermakna ia harus flat. Jadi Juno menggunakan penyembur rambut Sisley ini untuk efek volum beralun. Ia juga menjadikan stail rambut tahan lama walaupun di bawah terik matahari kerana ia punya formula humidity resistant. Harganya RM430.