Sama seperti beg tangan atau jam tangan mewah, wangian juga mampu mencerminkan personaliti, status, cita rasa serta gaya hidup seseorang. Tidak hairanlah mengapa ramai golongan T20 sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mendapatkan haruman yang eksklusif dan sukar ditemui.
Berbeza dengan wangian yang mudah didapati di pusat beli-belah, kebanyakan haruman mewah menggunakan bahan premium seperti oud asli, rose Bulgaria, iris, ambergris dan sandalwood yang diperoleh dari lokasi tertendu di seluruh dunia. Penghasilannya juga lebih terhad, menjadikan setiap botol memiliki nilai eksklusiviti yang tersendiri.
Bagi pencinta wangian mewah, harga bukan lagi faktor utama. Sebaliknya, kualiti bahan, ketahanan haruman dan eksklusiviti menjadi ukuran. Jika anda mencari wangian yang benar-benar memberi aura old money, elegan dan eksklusif, berikut EH! senarikan sepuluh wangian yang sering dipakai oleh golongan T20 di Malaysia.
1. Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540 Extrait
Antara wangian paling ikonik dalam dunia niche perfumery. Dikenali dengan gabungan saffron, ambergris dan cedar yang menghasilkan aroma manis dan mewah. Ia sering menjadi pilihan selebriti, usahawan dan golongan berpendapatan tinggi kerana baunya yang unik dan sangat tahan lama. Harganya bermula RM1,400-4,150)

2. Creed Aventus
Aventus boleh ibarat Rolex dalam dunia wangian lelaki. Harganya bermula RM2,454 untuk botol bersaiz 50ml, haruman nanas, birch dan musk ini memberikan imej seorang lelaki yang berjaya, yakin dan berkarisma. Ia juga antara wangian paling terkenal di dunia.

3. Clive Christian No.1
Harganya bermula sekitar RM3,000 untuk botol bersaiz 50ml, Clive Christian No. 1 sering digelar antara wangian komersial paling mahal. Ia menggunakan bahan premium seperti sandalwood India, vanila Tahiti dan bunga eksotik yang jarang ditemui. Harumannya sangat sofistikated dan eksklusif apabila dipakai.

4. Amouage Reflection 45
Dihasilkan oleh rumah wangian mewah dari Oman yang terkenal dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Reflection 45 menawarkan aroma floral woody yang elegan dan matang, sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang eksklusif yang tidak terlalu kuat. Harganya sekitar Rm2,300 untuk 100ml

5. Roja Parfums Enigma
Berharga sekitar RM1,600 untuk botol bersaiz 100ml, Enigma dianggap antara pembuat minyak wangi terbaik dunia. Enigma menggabungkan nota cognac, tembakau, vanila dan rempah yang menghasilkan aura mewah seperti ahli perniagaan yang baru keluar dari bilik meeting eksklusif Mayfair.

6. Parfums de Marly Delina
Wangian feminin ini menjadi kegilaan golongan elit dan pencinta wangian. Harganya bermula RM900-1,600. Gabungan rose Turki, laici dan musk menjadikannya antara haruman wanita paling mewah dan feminin pada masa kini.

7. Diptyque Orphéon
Diptyque semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta wangian. Orphéon menawarkan gabungan juniper berries, cedar dan tonka bean yang memberikan aura clean, elegan dan mahal tanpa terlalu menonjol. Harganya tidak terlalu mahal, hanya RM949 untu botol bersaiz 75ml.

8. Tom Ford Oud Wood
Jika anda ingin mencuba wangian oud dalam versi yang lebih moden, Oud Wood dari Tom Ford ini antara pilihan terbaik. Harganya bermula RM862 untuk 30ml dan Rm1,326 untuk 50ml. Harumannya mewah, matang dan sangat sesuai untuk acara formal atau makan malam eksklusif.

9. Xerjoff Alexandria II
Sering dianggap sebagai antara karya terbaik rumah wangian Itali, Xerjoff. Alexandria II menggabungkan nota rosewood, lavender, kayu oud Laos, amber dan vanila yang menghasilkan aroma mewah, hangat dan sangat sofistikated. Wangian ini mempunyai reputasi sebagai quiet luxury fragrance kerana tidak terlalu popular dalam kalangan pengguna biasa tetapi sangat dihargai oleh kolektor wangian. Harganya Rm2,669 untuk botol bersaiz 100ml

10. Chanel Les Exclusifs de Chanel Coromandel
Bukan Chanel biasa yang anda lihat di Sephora. Koleksi Les Exclusifs adalah rangkaian eksklusif Chanel yang hanya dijual di butik terpilih. Harganya bermula RM1,270 untuk 75ml dan Rm2,280 untuk 200ml. Coromandel menawarkan gabungan patchouli, benzoin dan white chocolate yang sangat sofistikated dan berkelas.

Artikel Berkaitan: 5 Minyak Wangi Untuk Lelaki, Teman Terbaik Cuaca Panas Ketika Ini
