SK-II GenOptics Ultraura Essence
Apakah yang akan jadi pada kulit jika anda tidak mendapat tidur yang nyenyak (atau lebih teruk tidak tidur langsung)? Kulit akan menjadi kuning kusam keesokan hari dan boleh berlanjutan sehingga lima hari. Berdasarkan kondisi dan kesan ini SK-II aktif melakukan penyelidikan dalam mencari solusi terbaik dan hasil carian mereka mendapati kulit kusam berpunca dari tekanan atau tidak tidur yang akhirnya menyekat ‘ultimate aura’ dari menyerlah.
SK-II memperkenalkan GenOptics Ultraura Essence yang mana esen ini mengumpul empat bahan eksklusif SK-II seperti Pitera, SDL Pro dan kompleks eksklusif teratai putih. Pitera seperti mana kita tahu memang bahan ajaib dalam rangkaian produk di SK-II dan ia mewah dengan bahan antioksidan. SDL PRO pula dilihat menjadi senjata utama dalam esen ini kerana ia memang berkuasa dalam mengurangkan kesan kuning pada kulit. Dan kompleks teratai putih dalam esen ini diekstrak dari teratai yang tumbuh di kawasan dingin bersalji dan ia berkesan untuk membuatkan kulit lebih cerah dan berseri-seri. Esen ini hadir dalam tiga varian 30ml,50ml & 75ml, dan harga bermula dari RM659.