La Mer Moisturizing Soft Cream
Reputasi La Mer sebagai jenama penjagana kulit mewah pilihan ramai terus utuh dan kedudukannya terus unggul dengan pelancaran Moisturizing Soft Cream. Krim pelembap baharu ini dipadatkan dengan formula hebat dalam melembutkan kulit bagai orang muda dan dalam masa yang sama menentang tanda-tanda penuaan.
Krim pelembap ini terhasil dari kajian Max Huber Research Labs dalam meneroka bahan ikonik La Mer (hasil kajian mereka sejak diperkenalkan) seperti Miracle Broth yang amat berkesan dalam mengekalkan lembapan kulit. Setiap botol krim pelembap ini juga dipenuhi dengan bilion sfera pelembap dalam pelbagai saiz yang mana akan memenuhi ruang dan tiap lapisan kulit. Inilah rahsianya bagaimana krim ini boleh merawat garis halus dan kering. Menurut kajian La Mer, perubahan kulit dapat dilihat dalam masa lapan minggu penggunaan. Hadir dalam empat isi padau (dari 30ml ke250ml), harga krim ini bermula dari RM910 hingga RM5,950. Sudah mula dijual di kaunter kecantikan La Mer dan juga secara eksklusif di Sephora Fahrenheit88.