Siapa sangka rambut mengembang, gincu comot dan pipi kemerah-merahan boleh menjadi antara beauty look yang paling mencuri perhatian di Milan Fashion Week? Untuk Spring/Summer 2027, pentas peragaan di Milan membuktikan bahawa kecantikan tidak semestinya perlu kelihatan terlalu sempurna. Rambut yang sedikit kusut, solekan yang tidak terlalu kemas dan kulit yang tampil lebih semula jadi kini menjadi sebahagian daripada gaya. Nampaknya musim ini, semakin undone, semakin menarik.
Milan Fashion Week kembali berlangsung dari 22 hingga 28 September 2026, membawakan deretan koleksi Spring/Summer 2027. Namun seperti biasa, bukan busana sahaja yang menjadi perhatian. Pentas peragaan kali ini turut menyajikan pelbagai inspirasi beauty, daripada rambut frizzy di Prada hinggalah pemerah pipi rona burgundy di Missoni.
Menariknya, beberapa pertunjukan awal memperlihatkan satu persamaan dimana kecantikan tidak lagi perlu kelihatan terlalu sempurna. Tekstur semula jadi rambut diraikan, kulit tampil lebih natural dan solekan pula ada kalanya sengaja dibiarkan sedikit comot. Ini antara beauty looks yang mencuri perhatian EH! setakat ini.
1. Prada
Bad hair day, but make it Prada. Rambut model sengaja dibiarkan mengembang dan sedikit kusut menerusi teknik backcombing yang memberikan lebih volume. Ada juga model yang tampil dengan rambut beralun serta helaian berkemasan basah. Solekan pula lebih minimal dengan kemasan kulit lembut, dilengkapi Prada Touch Cream-to-Powder Color rona Bow pada wajah dan Prada Monochrome Hyper Matte rona P60 Brick Pink pada bibir.

2. Diesel
Diesel membawa konsep lived-in beauty dengan rambut berkemasan basah yang disisir ke belakang. Gincu merah pula sengaja dibuat semakin comot untuk memberikan hasil yang lebih undone. Untuk kulit, MAC Studio Radiance Skin Tint Stick digunakan bagi mengekalkan kemasan yang lebih natural.

3. Jil Sander
Jil Sander mengekalkan solekan yang cukup minimal, namun beberapa model diberikan sentuhan soft smokey pada mata. Dipadankan dengan bibir berkilat, hasilnya membawa sedikit nostalgia era 1990-an tanpa menghilangkan identiti minimal jenama ini.

4. Antonio Marras
Antonio Marras mempersembahkan tiga gaya solekan berbeza, daripada bibir merah ruby hingga mata berhiaskan helaian emas dan glitter. Rambut bouffant bervolume pula melengkapkan gaya yang menggabungkan sisi romantik dan punk.

5. Missoni
Pipi kemerah-merahan menjadi tumpuan di Missoni apabila pemerah pipi rona burgundy disapu dari bahagian pipi hingga ke batang hidung. Kulit dibiarkan lebih natural dengan concealer hanya pada bahagian yang diperlukan, sementara kening disikat ke atas. Damien Boissinot meneruskan gaya santai itu pada rambut menerusi tekstur semula jadi, low ponytail dan helaian yang sengaja dibiarkan terlepas di sekitar wajah.

6. Etro
Etro memilih gaya yang lebih light. Solekan rona keemasan mengambil inspirasi daripada cahaya matahari terbenam, manakala rambut tampil lembut dengan tekstur semula jadi. Damien Boissinot mengelakkan keriting yang terlalu sempurna dengan menyikat keluar ikal rambut agar kelihatan lebih terbuka dan ringan. Hasilnya cukup santai dan penuh pergerakan, selari dengan konsep Halo yang menjadi tema koleksi musim ini.

7. Fendi
Fendi turut memilih gaya rambut yang lebih santai. Model tampil dengan gelombang lembut berkemasan lived-in, sementara sentuhan pemerah pipi memberikan sedikit seri dan kehangatan pada wajah. Tiada rambut yang terlalu tersusun atau solekan yang berlebihan. Sebaliknya, keseluruhan gaya terasa lebih effortless dan sekali lagi menunjukkan bahawa kecantikan tidak semestinya perlu kelihatan terlalu sempurna musim ini.

Artikel Berkaitan: ‘Trend Spotted’ di Milan Fashion Week SS27
