Sudah semestinya setiap wanita impikan kulit wajah halus mulus tanpa masalah bintik hitam yang degil pada permukaan kulit muka.
Namun, ramai wanita sering tertekan dengan masalah kulit yang melanda dek kerana terdedah pada habuk pencemaran serta selaran cahaya matahari yang merosakkan kulit wajah.
Ia sekaligus menjadi punca kepada masalah pigmentasi, bintik hitam dan tona kulit tidak sekata yang menjadikan kulit kusam. Pabila ia terjadi, wanita akan lebih tertumpu untuk membeli barangan solekan yang boleh menyamarkan cela pada wajah, sedangkan ia sepatutnya dirawat dan bukannya dilitupi dengan solekan tebal. Ini juga akan membuatkan seseorang wanita itu berbelanja banyak hanya untuk mengaburkan kesan bintik hitam.
Ini merupakan kali pertama Clarins berjaya mengenalpasti kehebatan ekstrak buah Acerola yang disertakan dalam produk terbaru mereka ini. Ia dikatakan mampu mengawal melanocyte yang mana menghalang aktiviti eksosom, iaitu protein yang menyebabkan pengeluaran melanin secara berlebihan. Ia juga jelas mampu menyeimbangkan kesan eksosom terhadap pengeluaran melanin.
Demi membantu wanita Asia merealisasikan kulit sihat dan bebas bintik hitam yang mana sedikit sebanyak membina keyakinan diri setiap masa, Clarins telah mencipta regimen pencerahan secara menyeluruh yang hanya memerlukan lima langkah iaitu membersih, menyediakan, membaiki, menyerlahkan dan memulihkan.
Berikut adalah langkah untuk anda mula amalkan.
LANGKAH 1: MEMBERSIH
(BARU) Brightening Creamy Mousse Cleanser mampu membersih, menyegarkan dan merehatkan kulit. Ia dalam masa yang sama menyingkir 84% segala kotoran pada kulit. Yang istimewanya lagi, ia juga mampu memberikan kulit menjadi lebih berseri.
LANGKAH 2: MENYEDIAKAN
(BARU) Brightening Aqua Treatment Lotion adalah proses untuk memberi persediaan pada kulit sebelum memasuki langkah seterusnya. Ia mampu memberikan lembapan yang cukup sebanyak 90% pada kulit serta memastikan tona kulit sekata.
(BARU) Brightening Milk Treatment Lotion pula turut bertindak memberikan kelembapan pada kulit tetapi dalam masa yang sama memastikan anda berasa selesa. Sekali olesan pada kulit, ia memberikan kesan yang lembut dan segar.
LANGKAH 3: MEMBAIKI
Tri-Intensive Brightening Serum dihasilkan khas untuk kulit wanita asia. Ia membantu dalam mengekalkan tona kulit sekata dan pada masa yang sama mencerahkan kulit. Bahkan, ia juga bertindak dalam menghilangkan bintik hitam.
LANGKAH 4: MENYERLAHKAN
(BARU) Brightening Emulsion merupakan cecair yang lembut dan bertindak dalam memberikan kulit cerah berseri. Ia diformulasikan dengan ciri-ciri yang mampu merawat, melembapkan, memberikan keselesaan serta melembutkan kulit. Kulit akan terus menerus segar sebaik diaplikasikan pada kulit.
(BARU) Brightening Emulsion SPF 20/PA+++ mampu merealisasikan kulit lembut kerana ia melembap, menaikkan seri wajah dan melindungi kulit dari sinaran UV. Pada masa yang sama, 90 peratus masalah bintik hitam baru tidak akan lagi kelihatan.
(BARU) Brightening Body Veil SPF20/PA+++ membantu dalam mendapatkan tona kulit sekata. Ia juga memberikan kulit licin dan lembut. Bahkan, tiada lagi masalah dehidrasi kulit kerana ia melembapkan kulit wajah supaya ia kekal berseri. Yang istimewanya, ia tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit.
LANGKAH 5: MEMULIHKAN
(BARU) Brightening Revive Gel adalah jenis krim malam. Ia memberikan kesegaran serta melembutkan tekstur kulit. Bahkan ia boleh digunakan sebagai masker wajah pada waktu tidur. Dalam masa yang sama, ia membantu dalam mencerahkan kulit dan merealisasikan kulit sekata. Bagi wanita yang mempunyai masalah kulit kekuningan, krim kini juga mempunyai ciri-ciri mengurangkan masalah tersebut.
Jom cuba produk baru dari Clarins ini di link ini atau ikuti promosi Clarins Turn On Your Glow di Aeon MidValley North Court (27 Februari – 5 Mac) dan Skin Spa 1 Utama (7 – 12 Mac). Serta jangan lupa untuk layari www.clarins.com untuk maklumat lanjut.
Tebus sampel percuma New White Plus di link ini.