Punca utama wajah tampak kusam dan tidak bermaya sebenarnya disebabkan lingkaran gelap bawah mata yang ketara dan membengkak.
Ada kala teknik menyapu bedak asas pada wajah juga tidak mencukupi untuk mengaburi kesan gelap bawah mata ini. Malah ia buatkan kulit tampak lebih kelabu.
Tidak dinafikan yang petua tradisional seperti menggunakan uncang teh pada mata adalah berkesan tetapi ia perlu diamalkan beberapa kali sebelum ia menunjukkan hasilnya.
Jika anda mahukan efek yang lebih cepat serta merta, teknik mengoles gincu rona merah pada lingkaran bawah mata sebelum menyapu bedak asas adalah yang terbaik untuk mengaburkan kesan gelap tersebut.
Caranya mudah dengan hanya perlu mengoles gincu merah pada kawasan bawah mata. Kemudian sapukan cecair bedak asas dan diikuti dengan concealer. Anda boleh gunakan jari atau span untuk memastikan ia di sapu rata. Bukan hanya boleh mengaburkan kesan gelap bawah mata, malah juga mampu mengembalikan seri pada wajah anda.
Sumber : Cosmopolitan.my