Kami sudah jumpa gincu sebagai meraikan kedatangan 2020. Dan inilah gincunya, ROUGE VOLUPTÉ ROCK’N SHINE dari YSL Beauty. Mereka namakan sebagai ‘rockstar’ dalam semua gincu yang pernah dilancarkan. Dilihat pada bekas dan kemasan pada batang gincunya begitu jelas dan kental imej bintang rock yang mahu dijelmakan. Teksturnya berkilau dan bersinar. Masih mengekalkan Kaia Gerber sebagai bintangnya, gincu ini boleh didapati pada harga RM142. Oh ya, kami juga ada tembubual bersama pereka gincu ini sendiri, TOM PECHEUX. Jom ikuti temubual ini bersama Pengarah Kecantikan YSL Beauty ini.
Ini Gincu Pilihan EH! Sempena Tahun Baharu 2020
