Tidak dinafikan, memilih produk kecantikan dalam lautan jenama dan trend viral hari ini boleh jadi memenatkan. Trend mungkin datang dan pergi, tetapi produk worth it kekal menjadi rebutan. Mini, viral, dan EH! approved inilah produk yang patut ada dalam beauty lineup anda bulan ini!
Bulan baru, semangat baru dan bagi penggemar kecantikan, inilah masa paling sesuai untuk top-up stok solekan atau mencuba sesuatu yang baru di Sephora. Sama ada anda jenis yang setia dengan satu produk atau jenis yang gemar bereksperimen dengan trend viral di TikTok, keinginan untuk upgrade beg make-up memang sukar ditolak.
Jadi untuk bulan ini, EH! sudah memilih lima produk yang benar-benar worth it dari jenama cult-favourite hingga edisi terhad yang sedang hangat di media sosial. Setiap satu daripadanya bukan saja digemari beauty enthusiast, malah berharga bawah RM150!
1. Ultra Violette Hydrating SPF Lip Duo (RM92)
Dalam rutin penjagaan kulit harian, SPF mungkin sudah menjadi kebiasaan, tetapi ramai yang terlepas pandang yang kulit bibir lebih nipis dan mudah terjejas perlukan perlindungan SPF. Ultra Violette Hydrating SPF Lip Duo, hadir dengan dua tinted lip balm berwarna lembut yang bukan hanya mencantikkan, tetapi juga melindungi bibir dengan SPF50. Formula yang ringan dan tidak melekit, ia sangat sesuai untuk cuaca tropika di Malaysia. Teksturnya juga menjadikannya sempurna untuk dipakai sendirian atau sebagai asas di bawah gincu.
2. Anastasia Beverly Hills Perfectly Shaped Brow Duo Mini (RM109)
Tidak lengkap satu look tanpa kening yang rapi dan terbentuk sempurna dan kalau anda dambakan kening clean girl aesthetic ala Hailey Bieber, ini dia jawapannya. Perfectly Shaped Brow Duo Mini daripada Anastasia Beverly Hills ini hadir dalam duo ikonik, mini brow pencil dan clear brow gel. Sesuai dimuatkan dalam beg kecil, dibawa ke mana-mana, dan dipakai bila-bila masa. Kalau anda baru berjinak dengan dunia brow sculpting, produk ini adalah brow essential yang anda perlukan.
3. Sephora Collection Mega Mix Palette (RM110)
Sephora Collection Mega Mix Palette, hadir dengan empat pilihan warna pembayang mata yang menjadikannya pilihan ideal untuk sesiapa yang mahu tampil on point. Dengan seleksi rona versatil dari ton neutral lembut hingga warna pop yang playful, palet ini memberi ruang untuk anda bereksperimen dan mencipta pelbagai look, sama ada untuk rutin harian atau gaya lebih dramatik di malam hari. Mesra beginner, mesra travel dan paling penting, mesra poket. Untuk RM110, ini adalah palette must-have yang wajib ada dalam koleksi anda.
4. Tarte Glam Essentials Must-Haves Set (RM145)
Kalau anda tertanya-tanya apa yang buat jenama tarte begitu disukai, set ini adalah jawapannya. Glam Essentials Must-Haves Set ini menghimpunkan tiga produk ikonik jenama ini yang sering menjadi sebutan di kalangan beauty lovers iaitu mini Tartelette™ In Bloom Mini Amazonian Clay Palette, Maracuja Juicy Lip dan Maneater™ Mascara. Set ini bukan saja bersaiz mini dan travel-friendly, malah merupakan entry point paling ideal bagi yang baru mahu mencuba jenama ini.
5. Nudestix Sunkissed Blush & Bronze Mini Kit (RM150)
Pipi segar seolah-olah baru pulang dari percutian tropika itulah hasil yang dijanjikan oleh Nudestix Sunkissed Blush & Bronze Mini Kit. Gabungan dua item ikonik dalam versi mini Sunset Strip Blush dan Terracotta Tan Bronze blush ini sesuai untuk yang sukakan solekan segar dan sun-kissed natural. Krimnya mudah di blend sama ada dengan jari atau berus. Sesuai untuk anda yang sentiasa on-the-go kerana saiznya yang kecil cukup sempurna untuk diselit dalam beg tangan dan ready untuk di touch-up bila-bila masa.
Artikel Berkaitan: 5 Body Lotion Dengan Bau Wangi & Tahan Lama Pilihan EH!