Makeup tidak semestinya memerlukan masa yang lama atau teknik yang rumit untuk nampak cantik. Dengan hanya lima hingga sepuluh minit, anda sudah boleh mencipta penampilan yang segar, kemas dan yakin untuk memulakan hari yang sibuk.
asa memang satu luxury yang semakin bernilai dalam kehidupan setiap orang. Tidak kiralah sama ada bekerja di pejabat atau bergelar suri rumah, setiap orang pasti melalui rutin harian yang penuh dengan tanggungjawab dan komitmen.
Dalam kesibukan ini, masa untuk diri sendiri sering menjadi terhad. Namun begitu, itu tidak bermakna kita perlu mengetepikan usaha untuk tampil kemas, fresh dan yakin setiap hari.
EH! kongsikan rutin kecantikan ringkas yang hanya mengambil masa sekitar lima minit, cukup untuk membantu anda tampil put together tanpa perlu meluangkan masa lama di depan cermin.
Intai Rutin Cantik 5 Minit Untuk Anda Yang Sibuk;
1. Prep Kulit (1 minit)
Langkah paling asas tetapi paling penting untuk memastikan makeup nampak cantik dan tahan lama. Mulakan dengan moisturizer untuk berikan hidrasi pada kulit. Kulit yang lembap akan membuatkan foundation atau base lebih mudah diblend dan tidak nampak kering atau bercapuk. Selepas itu, jangan pernah skip sunscreen, ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan kulit dalam jangka masa panjang. Jika kulit anda sudah cukup baik, anda boleh teruskan tanpa terlalu banyak layering produk.
2. Base Ringan (1–2 minit)
Untuk anda yang tidak mahu heavy makeup, langkah ini boleh dilakukan secara minimum. Gunakan tinted moisturizer, BB cream atau cushion ringan untuk meratakan tona kulit tanpa rasa tebal di wajah. Anda juga boleh skip foundation sepenuhnya dan terus ke concealer. Teknik ini membantu wajah kekal nampak natural tetapi masih kemas. Gunakan jari untuk blend kerana ia lebih cepat dan memberikan hasil yang lebih skin-like.
3. Concealer (1 minit)
Concealer adalah kunci untuk nampak lebih segar dalam masa singkat. Fokus pada kawasan bawah mata untuk mengurangkan kesan letih, serta sedikit pada jerawat atau kemerahan yang jelas. Anda tidak perlu sapu seluruh wajah cukup sekadar pada titik yang perlu sahaja. Teknik tap and blend menggunakan jari atau sponge kecil membantu menghasilkan kemasan yang lebih seamless tanpa garis kasar.
4. Kening (1 minit)
Kening yang kemas boleh terus mengubah keseluruhan ekspresi wajah. Sikat kening ke arah semula jadi untuk memberi bentuk asas, kemudian isi sedikit ruang kosong menggunakan pencil atau powder. Elakkan bentuk yang terlalu tajam atau terlalu tebal kerana untuk rutin harian, look yang lembut lebih sesuai. Kening yang terjaga akan membuatkan wajah nampak lebih tersusun walaupun makeup lain sangat minimal.
5. Blush (1 minit)
Ini adalah langkah paling cepat untuk memberi efek segar serta-merta. Gunakan cream blush kerana ia lebih mudah diblend dengan jari dan memberikan hasil yang lebih natural. Sapukan pada bahagian pipi dan tarik sedikit ke arah atas untuk efek lifting. Jika mahu tambahan healthy glow, anda boleh sapu sedikit di batang hidung. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan wajah nampak lebih hidup dan tidak pucat.
6. Mata Ringkas (1 minit)
Untuk membuka mata dan membuatkan wajah nampak lebih awake. Sapukan maskara satu lapisan sahaja untuk melentikkan bulu mata dan memberi definisi pada mata. Jika mahu lebih subtle definition, anda boleh lakukan tightlining nipis pada garis mata atas. Elakkan makeup mata yang terlalu berat kerana untuk look harian, kesederhanaan adalah kunci utama.
7. Bibir (30 saat)
Penutup kepada keseluruhan look yang sangat penting. Gunakan lip balm tinted, lip gloss atau lip tint untuk memberikan warna semula jadi pada bibir. Pilih tona seperti pink, peach atau nude untuk hasil yang lebih fresh dan sesuai untuk semua suasana. Bibir yang sedikit berwarna sudah cukup untuk melengkapkan keseluruhan makeup look anda.
Produk Rekomendasi EH!



