Kalau anda masih fikir sunscreen hanya perlu dipakai ketika hari panas atau sebelum bercuti ke pantai, mungkin sudah tiba masa untuk fikir semula. Sinaran UV bukan seperti cuaca yang hanya muncul bila langit cerah ia tetap ada walaupun matahari terlindung di sebalik awan. Dari perjalanan pagi ke pejabat, duduk dalam kereta ketika trafik sesak sehinggalah bekerja di pejabat, kulit sebenarnya sentiasa berdepan dengan pendedahan UV yang berlaku secara senyap.
Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinaran UV boleh menjadi musuh yang dalam diam perlahan-lahan memberi kesan kepada kulit. Mungkin hari ini anda belum nampak perubahannya, tetapi pendedahan UV yang berterusan boleh menyumbang kepada tanda-tanda penuaan pramatang seperti garis halus, kedutan, tona kulit tidak sekata, hiperpigmentasi dan bintik gelap. Sebab itu, sunscreen bukan sekadar langkah tambahan dalam rutin cantik, tetapi satu keperluan untuk membantu menjaga kulit kekal sihat dan terlindung dalam jangka panjang.
Tetapi cabaran sebenar bukan lagi tentang perlu atau tidak pakai sunscreen. Hampir semua orang sudah tahu kepentingannya. Yang menjadi persoalan, adakah kita jumpa sunscreen yang cukup selesa untuk dipakai setiap hari? Tekstur yang terasa berat, melekit atau white cast sering menjadi sebab ramai akhirnya skip langkah ini.
Sebab itu, sunscreen yang bagus bukan sahaja perlu memberi perlindungan, tetapi juga perlu rasa serasi dengan gaya hidup harian. Kini, pengalaman memakai sunscreen menjadi lebih mudah dengan Avène Ultra Fluid SPF 50 Range daripada Eau Thermale Avène yang menawarkan perlindungan tinggi dengan tekstur ringan yang selesa untuk dipakai setiap hari.
Sunscreen Ringan Yang Melindungi Kulit Setiap Hari
Sebagai jenama dermatologi dari Perancis yang terkenal dengan formula lembut untuk kulit sensitif, Eau Thermale Avène memahami bahawa perlindungan matahari perlu hadir bersama keselesaan. Sebab itu, rangkaian Avène Ultra Fluid SPF 50 direka dengan tekstur ultra ringan yang terasa dua kali lebih ringan berbanding sunscreen biasa.
Formulanya mampu menyerap ke dalam kulit hanya dalam masa satu saat. Dengan tekstur yang cepat meresap, anda tidak perlu lagi risau tentang rasa berminyak atau melekit sebelum memulakan rutin solekan. Rangkaian ini turut dilengkapi dengan teknologi penapis eksklusif patented TriAsorB™ yang memberikan perlindungan spektrum ultra luas terhadap sinaran UVB, UVA serta cahaya biru HEV (High Energy Visible Light) sehingga 450nm
Cahaya biru HEV daripada matahari pada panjang gelombang 400–450nm mampu menembusi lapisan kulit dengan lebih dalam, dan apabila digabungkan dengan sinaran UVA, ia boleh menghasilkansehingga 1.5 kali ganda tekanan oksidatif yang menyumbang kepada hiperpigmentasi, bintik hitam serta penuaan pramatang. Dibangunkan hasil penyelidikan selama lebih 20 tahun, TriAsorB™ membantu melindungi kulit daripada kerosakan jangka panjang akibat pendedahan kepada cahaya matahari serta penggunaan peranti digital seperti telefon pintar dan komputer setiap hari, sekali gus mengekalkan kulit yang lebih sihat dan terlindung.
Menariknya, formula Avène Ultra Fluid SPF 50 juga bebas silikon, alkohol serta tidak mengandungi penapis UV kontroversi, menjadikannya pilihan yang selesa untuk kegunaan harian.
Empat Formula Untuk Keperluan Kulit Berbeza
Setiap kulit mempunyai keperluan yang berbeza. Sama ada anda sukakan kemasan matte, glowing atau perlindungan dengan sentuhan warna, Avène menawarkan pilihan yang boleh disesuaikan mengikut rutin harian anda.
Avène Ultra Fluid Invisible SPF 50
Pilihan ideal untuk mereka yang mahukan sunscreen harian dengan kemasan natural. Ia memberikan hidrasi sehingga empat jam, mempunyai kemasan matte yang tidak kelihatan serta tidak meninggalkan white cast. Sesuai dipakai sebelum solekan kerana terasa ringan dan selesa pada kulit.
Avène Ultra Fluid Perfector SPF 50+
Bagi yang mahukan kulit tampak lebih sekata tanpa perlu memakai lapisan solekan yang tebal, formula tinted ringan ini membantu menyamakan tona kulit dalam hanya satu saat. Ia memberikan efek seperti skin tint sambil melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Avène Ultra Fluid Radiance SPF 50+
Untuk pencinta kulit glowing dan tampilan yang lebih segar, pilihan ini memberikan efek berseri sehingga lapan jam. Dengan kemasan tinted halus, ia boleh menjadi alternatif kepada BB cream untuk gaya solekan minimal yang effortless.
Avène Ultra Fluid Oil Control SPF 50 Baharu
Khusus untuk yang memiliki kulit berminyak, formula ini hadir dengan teknologi kawalan sebum dan kemasan dry-touch yang membantu mengekalkan kulit tampak matte sehingga 14 jam. Anda tidak perlu lagi risau wajah kelihatan berkilat walaupun selepas seharian beraktiviti. Anda kini boleh dapatkan Avène Ultra Fluid Invisible SPF 50+ di pelbagai rangkaian farmasi berhampiran anda seperti AEON Wellness, Ainz & Tulpe, Alpro Sugi Pharmacy, Caring Pharmacy, Guardian Health & Beauty, Health Lane Family Pharmacy, Hong Kong SaSa, Matsumoto Kiyoshi, My Chemist Hub, R Pharmacy and Watsons Personal Care Stores. Untuk pembelian secara online anda boleh dapatkan di Shopee Malaysia atau Lazada Malaysia dan ikuti perkembangan terkini Eau Thermale Avène menerusi Instagram @eauthermaleavenemy, TikTok @avenemalaysia, Facebook AveneMY dan di laman rasmi Eau Thermale Avène sementara stok masih ada.

Artikel Berkaitan: Rahsia Awet Muda Dengan Avène Hyaluron Activ B3


