PRO FILT’R SOFT MATTE LONGWEAR FOUNDATION
Hadir dengan 50 ton bedak asas papstinya ada satu yang paling tepat dengan warna kulit anda. Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation memberi hasil asas yang mulus, tidak menyumbat pori dan wajah tidak nampak berkilat-kilat atau berminyak. Bedak asas ini boleh mencipta asas yang ringan mahupun litupan yang menyeluruh, bergantung pada cara anda menyapunya.
Bedak asas ini jadi kegemaran kerana ia sesuai dengan cuaca negara kita yang panas lembap (humid), ia tahan peluh. Sesuai untuk anda yang berkulit normal mahupun berminyak juga kombinasi.
Baca: Rihanna Capai Status Billionaire & Penyanyi Wanita Terkaya, Semuanya Kerana Fenty Beauty