PRO FILT’R HYDRATING LONGWEAR FOUNDATION
Bedak asas ini mudah dimesrakan pada kulit, teksturnya ringan namun masih mampu memberi liputan yang menyeluruh (full coverage). Kulit tampil mulus, sekata dan tidak menyumbat liang pori. Rihanna mencipta bedak asas ini dengan menggabungkan minyak biji anggur bersama sodium hyaluronate sebagai dua bahan yang diperlukan Oleh kulit untuk memastikan wajah tampak segar dan paling penting berasa selesa seharian saat ia meliputi seluruh muka. BEdak asas ini pilihan terbaik untuk anda yang mahukan efek kulit nampak sihat dan lembap. Ada 50 warna untuk anda pilih. Sesuai untuk kulit normal dan kering.
Baca: “Dia Cinta Hati Saya” – A$AP Rocky Sahkan Hubungan Dengan Rihanna