EAZE DROP BLURRING SKIN TINT
Bagi yang mencari-cari bedak asas yang selesa dan nampak semula jadi, ini boleh dipertimbangkan. Eaze Drop Blurring Skin Tint mudah disapu pada wajah, ia adalah sejenis tint untuk kulit yang membuatkan ton kulit nampak sekata tanpa efek seperti bersolek. Skin tint ini dimewahkan dengan bahan penyamar yang dipanggil hydrating QuickBlur complex yang menyamar cela kulit dengan olesan ringan. Sapukan wajah dengan pelembap kemudian diikuti dengan sapuan Eaze Drop Blurring Skin Tint. rata Hasilnya sapuan asas yang bersahaja dan semula jadi. Ada 25 ton pilihan dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Baca: 10 Lagu Popular Ini Pada Asalnya Ditulis Untuk Rihanna